Tuhan versi 1.0

Oleh: MSK

…sambungan

Keesokan paginya, jam 6.30 pagi aku dah kena kejut. Punya la leceh..ingat boleh tidur sampai pukul sembilan. Lagipun..bukan nak sembahyang subuh. Rupanya, makan pagi pukul  tujuh.  Pulak tu, depa bagi makan roti Sunshine Bakery. Perut aku dah biasa pekena roti canai atau nasi lemak.

Lepas makan, semua penghuni wad L2 pergi berkebun. Aku dapat satu lot dibahagian belakang wad yang dipenuhi dengan pokok tebu.

Read more »

Adaptasi

Oleh: MSK

…sambungan

Pukul 7.30 malam, kami semua dipanggil untuk makan malam. Aku mana biasa makan pukul 7.30. Paling awal pukul 9. Pukul 11 baru nak tengok laptop. Pukul 2-3 pagi baru tidur. Kami disuruh beratur dan diberi pinggan stainless steel. Pasai apa nak beratur aku pun tak tau. Kami cuma berlima dalam wad L2, tak perlu berebut.

Aku tanya kat sorang yang menjaga makanan, “Pasai apa nak beratur?”

“Nanti berebut. Kalau pandai pakai akai tak, tak pa la.”

Fulamak…kasar sungguh. Aku layang pinggan stainless steel…kena kat dada dia. Dua atendan yang mengawasi kami terus meluru. Aku ingat depa nak cekup aku, tapi depa bawa budak yang cakap kasar kat aku tadi. “Bodoh!! Kamu tak tau ka depa ada lesen?” kata atendan memarahi budak tu.Aku terpegun sekejap. Sepatutnya atendan tu cekup aku sebab aku yang salah baling pinggan kat budak tu, tapi budak tu pulak yang kena marah.

Read more »

Tomato cegah kanser prostat.

Seringkali kita dengar tentang lelaki yang mempunyai masaalah berkaitan dengan prostat. Tidak kurang juga yang sentiasa berada dalam kebimbangan terhadap tahap keselamatan diri kerana takut diserang kanser prostat yang telah lama ditakuti oleh lelaki.

Jadi, apakah langkah yang boleh kamu lakukan untuk mencegah kanser prostat ini dari terus menghantui diri?

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor pakar, kamu boleh cuba mencegah penyakit ini dengan mengamalkan dengan memakan buah tomato atau pun apa sahaja makanan yang banyak mengandungi tomato. Ini bukanlah cakap-cakap kosong, tetapi ianya adalah saranan dari beberapa orang pengkaji yang membuat kajian terhadap khasiat tomato sememangnya cukup berkesan untuk mencegah seseorang tersebut dari diserang penyakit kanser prostat.

Read more »

Apa Yang Kita Sibukkan…?

“Saya sibuk sekarang ni”. Saya tak ada masa”. Banyak kerja yang perlu saya siapkan”.

Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan dari kawan-kawan…. lebih-lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam. Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk?

Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam Al Ghazali “rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja”. Bagaimana pula dengan kita… apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?

Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya “Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah ‘kerugian’ yang sebenarnya”.

Read more »

Cerpen : Sepi Makin Memanjang

Sepi Makin Memanjang
-Azizi Hj Abdullah

‘Nikmat Panjang Umur?’

Pikun senyum sendirian. Dagunya diusap-usap. Diurut-urut janggut putihnya. Dalam keadaan terhenggung-henggung membawa sebakul sampah ke tempat membuang sampah kira-kira 110 meter dari rumahnya, Pikun terjumpa majalah Dewan Sastera lama. Bila diselak-selaknya, Pikun terbaca tajuk cerpen Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Masakan panjang umur satu nikmat! Bentaknya kepada Abdullah Hussain, penulis cerpen Dewan Sastera bulan Mei 2004 itu. Ketika itu gulung kain pelekatnya hendak terlondeh. Baju yang tidak dikenakan butang, mengerbang-ngerbang di tiup angin.

Pikun bukan kaki baca, apa lagi sastera. Tapi dia macam terpanggil membaca tajuknya yang sangat dibencinya itu. Isinya 4 muka tidak pun dipedulinya.

‘Siapa kata panjang umur, nikmat?’ Pikun mengepom pipinya, menarik pisau cukur yang matanya sudah tumpul dari ekur pipit hingga ke dagu. Cermin 16 x 16 inci itu sangat setia. Ketawa tidak mengeremot pun tidak. Lantunannya adalah wajah pikunnya sendiri. Berkedut dan kerepot.

Read more »

Seni Tarannum Al-Quran.

Tarannum adalah suatu ilmu atau qaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Maksud pada Nada ialah tingkatan atau tekanan bunyi suara. Maksud pada Rentak ialah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara manakala maksud pada Irama: alunan atau bentuk bunyi.

Sebagai panduan untuk anda yang ingin mengetahui/mempelajari teknik asas Tarannum boleh lawati dan pelajari sebagaiman yang diajarkan oleh Ustaz Radzi Kamarul Hailan (Juri Akademi Al Quran TV9).

Maklumat lanjut boleh lawati laman Seni Tarannum Al-Quran – http://tarannumalquran-nordinj.blogspot.com/

Tahniah diucapkan kepada empunya laman – saudara Nordin Jusoh atas usaha beliau. Semoga ianya menjadi usaha amal jariah beliau.

Read more »

Sejarah hidup Saidina Ali Bin Abi Talib r.a – siri 35

Jujur dan Adil

Bukanlah suatu hal yang mengherankan bila seseorang jujur dan adil terhadap sesama kawan. Tetapi bila ada orang yang jujur dan adil terhadap lawan, ini sungguh suatu keluar-biasaan. Justru inilah yang menjadi salah satu sifat istimewa Imam Ali r.a.

Dalam kedudukkannya sebagai Khalifah, pada satu hari Imam Ali r.a. melihat baju besi yang pernah dimilikinya berada di tangan seorang penduduk beragama Nasrani. Karena merasa yakin, bahwa barang itu memang miliknya, untuk mendapatkan kembali secara baik ia mengadu kepada hakim setempat. Dalam sidang khusus untuk menyelesaikan tuntutannya itu, di depan peradilan Imam Ali r.a. mengatakan bahwa baju besi itu benar- benar miliknya. Ia menegaskan: “Belum pernah aku menjual baju besi itu. Sepanjang ingatanku, belum pernah barang itu kuhadiahkan kepada orang lain.”

Read more »

Berziarah Menyubur Ukhwah

Oleh Mohd Fadli Yusof

Rasulullah ﷺ, para sahabat r.a, dan salafussoleh sangat mengambil berat persoalan adab, kerana adab adalah sebahagian dari syariat, yang dengannya terhasil kesejahteraan dunia dan akhirat. Jika kita menghalusi kehidupan Nabi ﷺ dan para sahabatnya, akan terserlah watak-watak yang sempurna akhlak dan adabnya.

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat agung.” (Al-Qalam:68:4)

Orang-orang cintakan Allah, pasti tidak akan mengambil dan mencontohi adab dan akhlak melainkan yang paling mulia, sebagaimana mereka tidak mengambil dari aqidah dan ibadah kecuali yang terbersih. Sudah tentu ianya ada pada diri Rasulullah ﷺ, teladan terbaik buat umatnya.

Adab-adab itu berperanan menyerlahkan keindahan dan kecantikan Islam, menambah kualiti sesuatu amalan.

Read more »

Syawal terakhir : Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Read more »

5 Ways to Give ‘Physical’ Sadaqah

The verb ‘give’ doesn’t necessarily denote voluntary charity as having to give away money, yet most of us absolve our obligation for charity by spending lots of money during ramadan to various causes. Though these are all noble acts – what about other lasting charity acts that we can do physically?

The Prophet (pbuh) said: “Every good deed is charity.” (Bukhari)

He also said: “On every person’s joints or small bones (i.e. fingers and toes), there is sadaqah (charity) due every day when the sun rises. Doing justice between two people is sadaqah; assisting a man to mount his animal, or lifting up his belongings onto it is sadaqah; a good word is sadaqah; every step you take towards prayer is sadaqah; and removing harmful things from pathways is sadaqah.” [Muslim]

So based on the hadeeth above, here are five ways you can start to give ‘physical’ sadaqah this ramadan. The list is hardly exhaustive however as you read, ask yourself how you can implement these acts of charity in your daily schedule to increase your good deeds inshaAllah:

Read more »

Tetamu Senja

Tetamu Senja – SN A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Read more »

Tidak terima bantuan, adakah institusi zakat dipersalahkan?

ISU mengenai masyarakat Islam yang menerima bantuan daripada sebuah gereja baru-baru ini amat menggemparkan negara. Isu ini bukanlah isu baru kerana pada tahun lepas juga ada dilaporkan mengenai perkara yang sama.

Terlalu banyak persoalan dan isu-isu asas yang timbul dalam hal ini. Adakah agensi-agensi seperti institusi zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedar bahawa masih ramai golongan yang perlu dibantu?

Adakah fungsi pemimpin komuniti setempat seperti ketua kampung, ketua komuniti, penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), amil (pegawai) zakat, pegawai JKM gagal berperanan membantu golongan masyarakat yang terpinggir ini?

Bagaimana pula peranan jabatan agama, imam dan ustaz setempat? Adakah masyarakat setempat seperti jiran sebelah rumah atau jiran sekampung tidak mengambil kisah mengenai hal-hal jiran mereka?

Read more »

Memahami Musibah Dari Persepsi Positif

“Hidup kita dimuka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat dari teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini:

Bersabarlah, ini ujian dari Allah, ada hikmah disebaliknya…..”

Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini? Apakah reaksi atau pun respon dari diri kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian? Rata-rata masyarakat sekarang, sama ada yang memberikan nasihat, atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut dari persepsi yang positif.

Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat, apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah.

Read more »

Kita Dipandang kerana duit, Kita dihina kerana duit.

Benar bukan, apabila kocek penuh ada manusia menghampiri kita?. Kegembiraan dikongsi bersama. Malah apa sahaja yang kita percakapkan pasti akan dianggukkan jarang sekali ada salahnya. Diri kita bagaikan lauk yang dihurung oleh orang kiri dan kanan.

Duit, wang, money (apa sahaja yang dipanggil nilaian wang) di zaman mutakhir ini menjadi satu keperluan yang amat dirisaukan di dalam diri kita. Hari ini barang itu naik harganya, tepung, gula, minyak. Lalu masing-masing akan memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan duit.

Bermacam caralah yang akan dibuat untuk memperolehi wang samada dengan cara yang halal atau haram. Ada yang menggunakan kaedah MLM,ada yang mengikuti pertandingan sms, ada juga yang mengadakan cara yang kononnya islamik dengan mengadakan konsep bersedekah (padahal ia sama sahaja dengan sikap malas berusaha). Lalu digunakan segala macam dalil dan hujjah untuk menghalalkan perbuatan tersebut.

Read more »

Tazkirah oleh Prof. HAMKA – Haji Abdul Malik Karim Amrullah

[ Hamka - Cinta Cemburu ]
Untuk dengar klik Play Button kat bawah. Untuk download klik SINI.

[ Hamka - Haus ]
Untuk dengar klik Play Button kat bawah. Untuk download klik SINI.

Ada lagi….

Read more »

Page 1 of 2812345...1020...Last »