[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Seorang Melayu Di Tengah Bandaraya

Posted by toyu On December - 28 - 2009

pic seorang melayu ditengah bandarayaApabila Sirun mendongak melihat matahari dari lubang-lubang atap zing, matahari tidak nampak. Yang menyilaukan matanya itu ialah cahaya yang terang menembusi lubang-lubang zing buruk itu. Dari pengecaman itulah Sirun dapat mengangak, usia hari baru 8 pagi lebih-lebih sikit.

Menguap dua tiga kali sambil membancuh secawan kopi dengan sebuku roti, sedar tak sedar matahari sudah berubah dari lubang-lubang bumbung zing buruk itu. Mata Sirun tidak berbinau lagi. Yang nampak hanyalah cahaya langit dari lubang-lubang itu.

Di Jalan Dato’ Keramat terdengar deruman kereta sangat jelas. Rumah usang sejak puluhan tahun yang dibeli kemudian dibaiki sekeping demi sekeping papan, kini sudah dikepungi oleh dinding, batu bata, gudang dan kedai. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Rumah bumbung panjang dengan sedikit ruang dapur bukanlah besar sangat tetapi Sirun sangat banggsa kerana itulah satu-satunya rumah papan, rumah kayu, rumah beratap zing purba, rumah yang masih mampu menggunakan telaga, masih dapat dipertahankan dalam kawasan bangunan batubata, rumah kedai dan gudang-gudang. Sirun merasa bangga kerana segala-galanya masih mampu dia pertahankan, kecuali satu; dia terpaksa menggunakan tandas curah kerana dia tidak berpeluang lagi menonggek punggung dimana-mana penjuru.

Read the rest of this entry »

Salam buat semua.flyer ceramah ustaz iqbal

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah dengan limpah kurniaNya majlis yang dijadualkan berlangsung dengan jayanya. Walaupun ketika tersebut keadaan hujan, tapi Al-Ikhwan tetap didatangi oleh para jemaah yang ingin mendengarkan butiran ceramah dari Ustaz Iqbal.

Disini saya serta serba sedikit gambar-gambar pada ketika ceramah tersebut dan juga nota ringkas mengenai ceramah tersebut. Dan juga rakaman ceramah tersebut ada disediakan juga disini untuk anda semua mengikutinya. Dan maaf dipinta kerana mutu rakaman ceramah tidaklah  begitu baik tetapi ianya tidaklah mengganggu untuk anda semua menghayati isi ceramah tersebut.

Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!