[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for the ‘kesihatan hidup’ Category

Cara cuci kencing dengan betul

Posted by toyu On June - 15 - 2010

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1.    Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

Read the rest of this entry »

Kopi Kawe

Posted by toyu On February - 24 - 2010

Salam Sejahtera…

Anda penggemar kopi? Anda peminum kopi? Anda berkeinginan untuk menghirup kopi….? Mahukah anda mencuba KOPI KAWE untuk kenikmatan herba dan berkhasiat disamping meningkatkan tahap kecergasan anda? Yaaa… boleh. Boleh sangat sangat. Apakata anda lawati laman web KOPI KAWE untuk dapatkan stok untuk aroma, khasiat dan kecergasan… untuk diri anda dan keluarga mahupun untuk rakan rakan anda…

KOPI KAWE ialah kopi keluaran PHL TRADE(M) SDN BHD mengandungi pracampuran yang dirumuskan khas untuk kaum lelaki untuk meningkatkan kecergasan. Ia merupakan campuran 7 ekstrak herba yang sangat tinggi khasiatnya. Setiap sachet mengandungi di antara 500mg-600mg campuran ekstrak herba (paling tinggi dalam pasaran). Ia bukan sahaja untuk organ lelaki tetapi boleh juga membantu untuk penyakit seperti prostate, diabetes, darah  tinggi dan gout. Pengambilan KOPI KAWE yang berterusan dapat mencapai kehidupan yang sihat dan ceria.

Read the rest of this entry »

Silalah amalkan memakan daging kambing.

Posted by toyu On February - 2 - 2010

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

2. Kolestrol daging lembu dan ayam.

Read the rest of this entry »

berita gempar : Waduh Gunting Kok Bisa Tertelan

Posted by toyu On April - 2 - 2009

Ni ada berita yang aku dapat dari kompas.com Gawat beb!!!!

Rabu, 1 April 2009 | 23:35 WIB

KOMPAS.com – Kalau anak kecil menelan uang, kelereng atau cincin itu biasa terjadi di Indonesia. Tapi, yang ini bukan anak kecil dan yang ditelan gunting.

Kali ini, gunting kecil seukuran empat inchi masuk ke tenggorokan seorang pria 27 tahun warga China. Untung gunting berhasil dikeluarkan lewat operasi.
Read the rest of this entry »

Jatuh terduduk punca slip disc

Posted by toyu On March - 23 - 2009

ENTAH mengapa sejak dua minggu kebelakangan ini Yusri sering mengalami sakit-sakit pada bahagian pinggang. Kadang kala rasa kebas-kebas pada paha terus ke betis. Lebih teruk kesakitan sebaik sahaja mahu memijak kaki ke tanah.

Seingat Yusri, sebelum ini dia tidak pernah berkeadaan sedemikian. Mungkinkah dia salah tidur atau mungkin tersalah makan dan bermacam-macam lagi yang bermain dalam kepala. Sehinggalah dia bertemu dengan doktor memberitahu perihal penyakitnya itu, iaitu slip disc atau diska pecah.
Read the rest of this entry »

Penyakit pun dapat membuka pintu kebajikan

Posted by toyu On March - 11 - 2009

pesakit1Kita perlu sentiasa bersyukur. Saya ingin memberitahu berita gembira. Penyakit yang kita alami itu sesungguhnya dapat membuka pintu kebajikan yang paling tulus! Di samping itu ia membawa pahala yang besar dan berterusan kepada pesakit dan orang-orang yang menjaganya. Ia adalah cara terpenting yang menyebabkan doa kita diterima.

Rasulullah SAW menegaskan, “Ziarah pesakit yang paling baik pahalanya adalah apabila orang yang menziarahi itu segera bangun dari sisi pesakit.”
Read the rest of this entry »

Dehidrasi jejaskan organ

Posted by toyu On February - 12 - 2009

air-tanganHampir 60 % berat badan kita adalah berat air. Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air sehari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis. Pada yang sama kita turut kehilangan mineral lain seperti potasium, sodium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak dan perlu diganti segera untuk mengelakkan masalah dehidrasi (kekurangan air).

Apabila berlaku dehidrasi, badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, yana mana biasanya tidak kita sedari. Jumlah darah yang dipam keseluruhan badan juga akan berkurangan. Untuk membekalkan darah yang mencukupi ke semua organ, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat. Dehidrasi juga menyebabkan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah menurun.
Read the rest of this entry »

sering berasa letih…???

Posted by toyu On January - 29 - 2009

letih
JIKA anda sering berasa letih, ia mungkin berpunca dari jantung dan koenzim Q10 (CoQ10) yang diperlukannya. Saiz jantung adalah lebih kurang sebesar genggaman tangan dan ia terdiri daripada tisu otot khas.

Tisu otot jantung adalah sesuatu yang menakjubkan dan hanya dijumpai pada satu tempat sahaja iaitu di jantung.
Read the rest of this entry »

Serangan jantung…Apakah yang perlu diperbuat….

Posted by toyu On October - 24 - 2008

Andaikan pada 6:15 pm, anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri)

selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar2 letih dan kecewa……

Anda benar2 tertekan dan terkejut….

Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan mula merebak hingga lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda

berada hanya 5 km saja dari hospital terdekat, malangnya anda tak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak
Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!