[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for the ‘ilmu hidup’ Category

Tazkirah oleh Prof. HAMKA – Haji Abdul Malik Karim Amrullah

Posted by toyu On September - 2 - 2010

[ Hamka - Cinta Cemburu ]
Untuk dengar klik Play Button kat bawah. Untuk download klik SINI.

[ Hamka - Haus ]
Untuk dengar klik Play Button kat bawah. Untuk download klik SINI.

Ada lagi….

Read the rest of this entry »

Tazkirah oleh adik Umar Al Faruq…

Posted by toyu On August - 27 - 2010

Salam sejahtera buat anda pengunjung lama toyu semoga dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani ibadah puasa.

Maaf, kerana kurangnya update dalam laman ini lantaran asakan tugasan harian.

Pada 23hb Ogos 2010 bersamaan dengan 13 Ramadhan 1431, Surau Al-Ikhwan Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor telah menjemput Ustaz Nursalam Abdul Mutalib daripada Maahad Tahfiz Darul Huffaz, Lampung, Sumatera, Indonesia beserta dengan 2 orang anak muridnya untuk program tazkirah selepas solat Tarawikh.

Yang menariknya pada sesi tazkirah pada kali ini ialah tazkirah telah disampaikan oleh Adik Umar Al Faruq yang berusia 12 tahun selepas disajikan dengan bacaan ayat al Quran oleh rakannya.

Amat menarik sekali ucapan tazkirah yang telah disampaikan oleh Adik Umar Al Faruq. Anda semua boleh la mendengarkannya disini. Semoga segala apa yang telah diperdengarkan kepada kita memberikan manafaat.

Read the rest of this entry »

Istiqamah Amalan Sepanjang Ramadhan.

Posted by toyu On August - 20 - 2010

Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Ilahi kepada hambaNya, kerana hanya Ramadhan disebut namanya oleh Allah di dalam Al-Quran, sedangkan bulan-bulan lain tidak dinyatakan namanya oleh Allah. Ini satu penghormatan Ilahi kepada Ramadhan serta pengisytiharaan Ilahi kepada seluruh umat manusia. Lantaran itu kehadiran Ramadhan hendaklah dilihat dari pelbagai perspektif positif bagi menjadikannya pemangkin kepada perubahan.

Antara musuh utama yang diisytiharkan oleh Allah bagi manusia ialah syaitan, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka hendaklah kamu perlakukannya sebagai musuh”. Syaitan yang menjadi musuh utama itu telah dibelenggu oleh Allah sepanjang Ramadhan.

Ini satu lagi rahmat Ilahi kepada hambaNya dalam bulan Ramadhan.

Menyedari syaitan bukan lagi menjadi halangan bagi muslim sepanjang Ramadhan, maka yang tinggal hanyalah hawa nafsu yang juga menjadi keperluan manusia. Nafsu bukanlah semua negatif, kerana adanya nafsu mutmainnah yang membina nilai positif, hanya nafsu amaarah yang mendorong ke arah nilai negatif.

Read the rest of this entry »

Belajarlah menghormati ilmu…

Posted by toyu On June - 28 - 2010

Dua kali sebulan, saya memberi kuliah penulisan kepada para wartawan. Semakin lama memberi kuliah, saya mula mencari kelainan dalam berceramah dengan menggunakan slaid sebagai daya penarik. Maklumlah, kuliah pengetahuan biasanya cepat membosan dan mudah membuat mata para pesertanya layu. Lagi pula, slot kuliah saya biasanya diberikan selepas waktu makan tengahari.

Baru-baru ini, saya cuba pula memasukkan muzik latar di dalam slaid kuliah powerpoint saya agar menjadi lebih menarik. Saya gagal meskipun setelah beberapa kali cuba memasukkan muzik format MP3 ke dalam slaid powerpoint saya. Nota di skrin komputer menyatakan bahawa saya perlu menukar format MP3 itu ke format wav.

Read the rest of this entry »

Cara cuci kencing dengan betul

Posted by toyu On June - 15 - 2010

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1.    Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

Read the rest of this entry »

Bila IQ, EQ dan SQ Tidak Seimbang

Posted by toyu On May - 3 - 2010

Sudah banyak rasanya perbincangan mengenai Intelligence Quotient (IQ) ataupun kecerdasan minda dan Emotional Intelleigence Quotient (EQ) ataupun kecerdasan emosi mahupun Spriritual Quotient (SQ) yang berkaitan kecerdasan spriritual/rohani. Apa yang pasti ketiga-tiga elemen IQ, EQ dan SQ berkait di antara satu sama lain diperlukan oleh seseorang individu sebagai pelengkap untuk pembangunan diri. Berdasarkan pemerhatian dan laporan-laporan daripada media massa, secara umumnya saya berpandangan tahap IQ individu di negara ini semakin meningkat, bermaksud semakin ramai orang yang pandai , cerdik dan bijak dalam bidang persekolahan dan akademik.

Read the rest of this entry »

Lima tahun untuk lima waktu solat

Posted by toyu On March - 2 - 2010

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Read the rest of this entry »

Rahmat Allah – Oleh Ustaz Shamsuri

Posted by toyu On February - 20 - 2010

Untuk ikuti selanjutnya…

Read the rest of this entry »

Belajar Asas Tajwid

Posted by toyu On January - 27 - 2010

Salam sejahtera.

Disini saya nak kongsi bersama anda semua tentang belajar asas Tajwid Quran.

Saya dapatinya dalam peti emel saya dan saya nak kongsikan bersama sebagai panduan untuk kita.

Semuga dengan panduan asas ini memberikan pemahaman kepada kita semua untuk mempelajari dan membaca Quran dengan betul.

Anda boleh muaturun perisian tersebut di SINI.

Moga ada manafaat.

Bacalah Quran…

Posted by toyu On September - 10 - 2009

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang dibaca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Read the rest of this entry »

Di Manakah Allah?

Posted by toyu On July - 8 - 2009

Bila kita memperkatakan tentang Allah sudah tentu ia adalah sesuatu yang tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan makhluk ciptaanNya. Sebab Allah bukan makhluk dan Allah juga tidak menyuruh manusia mencari zatnya tetapi cukup sekadar melihat segala ciptaanNya. Kita tidak akan dapat mencapai dengan akal fikiran kita yang lemah dan boleh menjadi sasau atau gila jika masih juga cuba mencarinya.

virgo-cluster-large
Read the rest of this entry »

Kerana Jahil Anak-Anak kita jadi Mangsa..!

Posted by toyu On July - 6 - 2009

Bukan sekali saya berhadapan dengan situasi ini. Anak lelaki saya yang berusia 9 tahun yang bersembahyang di sebelah saya di saf pertama atau kedua akan diminta ke belakang. Sebenarnya saf paling belakang bersama kanak-kanak yang lain.

“Putus saf”, itulah kata mereka. Seringkali juga saya meminta anak lelaki saya kekal di tempatnya. Seusai solat, ekor mata orang yang tidak bersetuju dengan tindakan saya akan tajam merenung.

Saya faham dia tidak setuju tetapi dia tidak berani bersuara. Kalau dia bersuara, saya akan jelaskan duduk perkara yang sebenarnya.

Anak-anak memang wajar dibiasakan untuk ke masjid. Mereka perlu difahamkan bahawa masjid bukan untuk ‘orang pencen’. Tetapi masjid kita rata-ratanya tidak mesra kanak-kanak. Bacalah saja pelbagai amaran terhadap kanak-kanak di masjid. Peraturan untuk mereka di masjid kadang-kadang setanding peraturan untuk banduan di penjara.
Read the rest of this entry »

Berkat

Posted by toyu On May - 5 - 2009

deal
Saya ditanya oleh seorang teman yang bukan Islam. “Tuan, apa itu berkat?”. Agar sukar menjelaskan sesuatu yang sangat abstrak. Saya soal kembali kepadanya “Apakah dalam agama tuan tidak ada konsep berkat?” Dia hanya ualangi soalan asal. Saya pun tidak pasti apakah konsep berkat yang digunakan oleh agama-agama selain Islam.

Namun yang perlu akal saya jelas ialah bagaimanakah konsep berkat itu harus menyerata dan difahami merentasi budaya. Memang dalam sesetengah ideologi berkat itu tidak penting. Pemikiran rasional ternyata menolak keperluan berkat kerana yang terpenting sekali ialah hasil dari tindakan bukannya janji pembalasan yang tidak pasti dan kabur.
Read the rest of this entry »

Islam dari sudut bahas diambil daripada perkataan bahasa Arab salima yang mengandungi tiga makna iaitu, tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin; damai, aman dan sejahtera dan taat tunduk, patuh dan menyerah.

Pengertian ke dua jelas menggambarkan Islam adalah agama perdamaian, keamanan dan tidak suka kepada perpecahan. Justeru, dapat dilihat Islam sejak dekad awal penyebarannya hingga ke abad ini menyerlahkan ciri-ciri keselamatan terkandung dalam inti pati ajarannya yang menjadi teras dan perinsip utama dakwah Islamiah.
Read the rest of this entry »

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?

Posted by toyu On March - 20 - 2009

img_7093Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.
Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!