Salam sejahtera.
Sini satu vc serta lagu dan melodi yang dikira cukup menarik beserta tajuk untuk kita renungkan.
Salam sejahtera.
Sini satu vc serta lagu dan melodi yang dikira cukup menarik beserta tajuk untuk kita renungkan.
Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;
“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )
Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya.
Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
Salam.
Diam tak diam tahun baru telah berlalu 9 hari. Sebelum ini menghitung hari nak tunggu kemunculan tahun baru. Dan kini telah pun berada di tahun baru.
Dan di tahun baru ini juga terdapatnya berbagai bagai cerita. Terdapat berbagai bagai peristiwa. Agak sesak dan cemas juga dengan cerita dan peristiwa yang terdapat di tahun baru.
Kita begitu concern dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari. Untuk memastikan air yang kita minum itu bersih dan selamat, kita pun membeli penapis air yang beribu harganya. Tetapi bagaimana dengan kebersihan rohani kita? Adakah “makanan” yang sampai ke jiwa kita itu bersih?
Pada zaman dahulu, ada seorang guru yang sangat alim. Suatu hari guru ini didatangi oleh seorang muridnya.
Read the rest of this entry »
Tahun baru masihi 2009 kali ini membuka tirainya dengan penuh duka dan luka. Rejim Zionis yahudi la’natullah telah melakukan tindakan bacul dan biadap tanpa perikemanusiaan dengan menyerang dan membunuh rakyat Palestin secara membabi-buta, tanpa mengira masyarakat awam yang tidak bersenjata dengan pejuang HAMAS yang mereka buru. Merekalah sebiadap-biadap insan di muka bumi ini. Firman Allah SWT:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” [Surah al-Baqarah, 2:120]
1. Fanatik sebenarnya wujud dalam setiap aspek kehidupan
Tragedi perpecahan manusia yang dicetuskan oleh fanatik bukan sekadar berlaku dalam ruang lingkup politik, agama dan ideologi semata-mata; bahkan turut merangkumi hal-hal yang agak trivia seperti:
1. Sukan (Bergaduh dan berbunuhan kerana bola sepak);
2. Komputer (Windows vs Mac vs Linux [1])
3. Konsol (Xbox 360 vs PlayStation 3 vs Nintendo Wii)
4. Hiburan (Peminat fanatik Mawi yang berhempas-pulas mempertahankannya daripada serangan pembenci fanatik Mawi)
Akhir dapat juga diadakan kotak keloi dalam laman toyu ini. Dengan segala kejenohhan akibat dari kurangnya pengetahuan mengenai perkara tersebut untuk mengadakannya akhirnya terhasil dengan kadar yang tak seberapa.
Moga dapatlah kita semua menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Read the rest of this entry »
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah.
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Read the rest of this entry »
Lalu gunung dan bukit bukau berkata :
Ya, dahulu kita semua pernah disuruh oleh ALlah untuk memegang amanah sebagai khalifah, tetapi kita menolak. Kerana kita tidak sanggup menanggung bebanan yang berat itu. Manusia pula sanggup menerima.
Kita sudah lama bersabar dengan manusia, badan kita ditarah-tarah untuk dibuat pembangunan dan mereka dirikan pula rumah di sini. Lupakah mereka kita ini adalah pasak di bumi, jangan dilakukan sesuka hati sahaja?. Itu belum ditambah dengan maksiat yang dilakukan sewenang-wenangnya.
Read the rest of this entry »
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lenggang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. “Ah, aku tak sempat untuk memijak pedal break mendadak,” fikirnya sambil terus memandu laju. Read the rest of this entry »
Katakan pada suatu hari anda pergi bersiar-siar di tepi pantai. Di hadapan anda terbentang laut luasnya saujana mata memandang. Tiba-tiba melintas sebuah bot di hadapan anda. Apa yang anda fikirkan? Bergantung bagaimana anda melihatnya samada dengan mata atau mata hati. Apa bezanya? Banyak sekali. Bagai langit dengan bumi. Satunya anda tak dapat apa-apa manakala satu lagi anda diberikan ganjaran pahala yang besar.
Melihat dengan mata:
Apa yang anda nampak ialah sebuah bot melintas di hadapan anda. Bot itu berwarna kuning. Ada dua orang nelayan di atasnya. Air laut berwarna agak kemerahan kerana ketika itu cuaca masih pagi dan terdapat balikan cahaya matahari di atasnya.
Read the rest of this entry »
2009 agama bahasa bahasa melayu bangsa berkat ceramah ekonomi fikir ikhtibar ilmu israel isteri Kaabah kapitalis kebaikan kebenaran kediaman keputusan lindungan malapetaka melayu nasihat palestine politik positif puasa quran Ramadhan raya sabar saidina ali sakit sayang sedekah segar sesak solat tahun baru tazkirah trajedi uhud ujian ulama usamah ibnu zaid
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.