[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for the ‘kemelut hidup’ Category

Mahir Zain – Palestine will be free

Posted by toyu On June - 27 - 2010

Salam.

Sungguh menarik…

Read the rest of this entry »

Siapa Haram?

Posted by toyu On June - 25 - 2010

”Wahai semut, kasihanilah hamba. Hamba ini tidak meminta tinggal di perkampungan kalian. Jika diberi peluang, bukan sahaja menetap di sini, menghirup udara di sini pun, hamba tidak mahu,” hanya kalbuku yang mampu menjerit.

Sejak 10 jam aku menjadi warga dunia, aku belum menatap keindahan. Aku keluar dari perut wanita ibu dengan sentapan kuat seorang lelaki. Tempat mereka memilih untuk melahirkanku adalah tandas kotor di sebuah ladang kelapa sawit. Aku kemudian dibalut dengan sehelai kain batik yang bertengik darah lalu dimasukkan dalam sebuah beg. Beg itu dizipkan.

“Kau tunggu di sini sayang. Aku akan buang ‘cinta’ kita ini di lokasi paling strategik,” kata lelaki yang ‘menyimpan’ aku di dalam beg yang kini teroleng-oleng di tangannya. Lelaki itukah pasangan ibu? Aku menjerit kerana lemas. Lelaki itu membuka zip beg lalu menyumbat mulutku dengan kain yang sama. Beg itu dizipkan semula. Aku menderita.

Read the rest of this entry »

Yang terindah ialah yang tertinggal

Posted by toyu On June - 21 - 2010

Apakah yang paling indah dalam hidup anda sekarang ini?

Sebenarnya, banyak perkara indah tidak ada pada saat kita memilikinya. Itulah sebab yang memungkinkan kita mula berasa sayu apabila melihat anak-anak sedang tidur lena. Sedangkan pada saat jaganya, kita berasa begitu penat dan tak berhenti memarahi mereka.

Masa indah zaman persekolahan hanya kita sedari pada hari terakhir kita perlu meninggalkan bilik darjah. Hari terakhir itulah kita berasa betapa sayangnya kita dengan sekolah kita – kenangan yang tak mungkin dialami lagi. Hari terakhir itulah kita mula tahu bahawa kita mula kehilangan segala-galanya. Teman-teman berlari atau kekasih cinta ‘monyet’ yang saling berbalas surat dengan kita. Kita juga akhirnya mula sedar bahawa ada yang tidak kita temui lagi buat selama-lamanya.

Read the rest of this entry »

Demonstrasi protes hari hari

Posted by toyu On June - 8 - 2010

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Read the rest of this entry »

Kisah tragis bahasa Melayu…

Posted by toyu On May - 11 - 2010

MASIHKAH kita memerlukan bahasa Melayu? Adakah bahasa Melayu di negara ini dihormati oleh seluruh warganegaranya? Barangkali jawapan pedih yang terpaksa kita terima adalah kita tidak memerlukan bahasa Melayu. Malah bahasa Melayu tidak dihormati di negara ini oleh sebahagian besar warganegara. Lebih tragis lagi sesetengah daripada kita tidak pernah merasa malu untuk meletakkan bahasa Melayu di tepi longkang. Tetapi tolong jangan melenting dulu.

Saya pasti terutama kalangan orang politik akan menafikan sekeras-kerasnya perbuatan kita terhadap bahasa Melayu. Tetapi orang yang sama juga tidak pernah berusaha untuk memberi tempat dengan menggunakan bahasa Melayu apabila berinteraksi dengan sesama warganegara. Sebaliknya, mereka bangga apabila ada kalangan bukan Melayu yang mampu berbahasa Melayu dengan baik atau pelancong yang mengucapkan sepatah dua istilah Melayu.

Read the rest of this entry »

Woi, Islam tu tinggi mana…?

Posted by toyu On April - 14 - 2010

Dalam tahun 60an yang lampau, ketika saya sedang bersyarah penuh semangat di dewan Sekolah Dairatul Maarif Al Wataniah Kepala Batas Seberang Perai, (sekolah kepunyaan Allah Yarham Datuk Hj Ahmad Badawi, ayahanda kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi) atas tajuk “Islam itu tinggi” (Islam, Yukla Wala Yukla Alaih) Saya menghurai secara budak-budak hingus bahawa Islam itu tinggi, tiada ada yang lebih tinggi darinya.

Hampir lima ratus orang pelajar yang mendengar. Begitu setiap Khamis, jam 9 pagi kami di pilih membuat syarahan dengan tajuk tertentu, selama setengah jam mesti berpidato.

Mudir Dairatul Maarif, Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi dan guru-guru lain sedang duduk dalam bilik untuk mendengar kami pidato. Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi bermisai melentang, mata terbeliak. Cukup garang. Kami semua takut. Tapi sebenarnya dia guru yang baik, berhati lembut.

Read the rest of this entry »

Jika kopitiam tiada sijil halal, kenapa perlu paksa?

Posted by toyu On March - 19 - 2010

MENGAPA kita perlu risau sekiranya pengusaha kopitiam tidak ingin memohon sijil halal Jakim.

Bagi saya itu adalah hak mereka sama ada untuk memohon atau tidak. Mereka mungkin tidak menyasarkan atau mengharapkan pelanggan Islam, buat apa kita beria-ia nak ke sana?

Mungkin juga mereka menyediakan makanan tidak halal. Jadi apa perlunya bagi mereka mendapatkan sijil halal? Seperti mana kedai makanan Cina adakah kita perlu memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Tidak perlulah bagi umat Islam pergi menjamu selera di situ. Adalah amat memalukan jika kita mendesak mereka mendapatkan sijil halal.

Adakah ia satu keperluan yang mendesak untuk kita ke kopitiam? Banyak lagi kedai makanan Islam yang ada yang kita tak perlu risau dan ragu.

Atau adakah dengan tidak dapat ke kopitiam kita akan mati kelaparan? Masalah kopitiam ini adalah masalah orang Melayu elit.

Read the rest of this entry »

Perempuan cantik untuk korban pemujaan…

Posted by toyu On March - 19 - 2010

Assalamu’alaikum warahmatullah buat semua… disebabkan kesibukan, saya copy dan pastekan sebuah artikel yang menarik yang diterjemahkan sahabat saya dari Islam1st.org. Artikel asalnya berjudul ‘Fair ladies for the Altar’ dan diterjemahkan oleh sahabat saya ini dan telah dimuatkan di dalam blog kendaliannya www.islam1st.org. Berikut isikandungannya :

Tidak berapa lama setelah orang-orang muslim menakluk Mesir sekitar kurun ke-20, sekumpulan orang kristian koptik, menemui Gabenor ‘Amr bin al A’as, Radi-Allahu anhu, dengan satu hal yang sangat penting. Aktiviti ekonomi di Mesir pada ketika itu sangat bergantung kepada Sungai Nil. Mengikut kepercayaan sesetengah penduduk tempatan, sungai tersebut menagih korban manusia setiap tahun. Khabarnya pada setiap malam ke-12 pada bulan Jun, seoarng anak dara sunti yang dipakaikan seperti seorang pengantin perempuan, mesti dihumban ke dalam sungai tersebut. Jika tidak, kata mereka, Sungai Nil akan berhenti mengalir dan menjadi kering.

Serangan virus…

Posted by toyu On February - 18 - 2010

Salam sejahtera buat pengunjung laman toyu…

Agak lama juga tak update laman ni kerana asakan tugas dan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian. Dan yang terbaru iaitu pada minggu lepas komputer ni dilanda serangan virus. huhhhuhuhuhuhu….

Cukup tertekan. Komputer ni mengkala di on kan dia secara auto dan di shut down. Buat la macam mana pun, itulah perkara yang terjadi. Memikirkan bahan bahan kerja yang terdapat dalam komputer ini berkemungkinan akan hilang akibat dibaikpulih dari serangan virus tu, makin tensen rasanya.

Read the rest of this entry »

Siapa kita sebenarnya…

Posted by toyu On February - 2 - 2010

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

Read the rest of this entry »

Manusia sentiasa memakai topeng

Posted by toyu On February - 1 - 2010

SEBENARNYA sebelum merebaknya penyakit H1N1 manusia kebanyakannya telah memakai topeng. Topeng yang selalunya dipakai oleh manusia begini tidak nampak.

Jarang sekali kita mendapati manusia menunjukkan dirinya yang sebenar. Diri yang dilihat oleh orang ramai dengan diri yang sebenar selalunya berbeza. Misalnya kepada umum seseorang pemimpin masyarakat itu boleh menunjukkan bahagian dirinya yang alim, warak, kerap menasihati orang berbuat baik tetapi dirinya yang sebenar jauh berbeza.

Kadang-kadang kita tahu orang itu menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya tetapi kepada umum dia tidak menampakkan bahagian yang dia menyalahgunakan kuasa tetapi menampilkan bagaimana dia taat sekali menjalankan amanah yang diberi kepadanya.

Hanya mereka yang menjadi mangsa kepada penyalahgunaan kuasanya saja yang tahu diri manusia itu sebenarnya. Oleh sebab mangsa takut atau diancam akan dilakukan sesuatu terhadapnya, mangsa akan terus berdiam diri.

Read the rest of this entry »

Gula : Bukan bebanan besar… (???)

Posted by toyu On January - 11 - 2010

gulaKENAIKAN harga gula seperti yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) baru-baru ini bukanlah satu bebanan besar kepada orang ramai.

Dengan anggaran sebuah keluarga yang dihuni lima orang menggunakan sekitar dua kilogram gula sebulan, kita sebenarnya hanya menambah perbelanjaan 40 sen sebulan kerana gula bukanlah makanan ruji.

Di sebalik itu, kerajaan masih menanggung bebanan yang besar iaitu sekitar RM1.008 bilion setahun untuk menampung subsidi harga gula sebanyak 60 sen sekilogram demi kesejahteraan rakyat.

Kenaikan harga pasaran gula dunia yang semakin menyesakkan telah menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain bertindak menarik subsidi sebanyak 20 sen. Jika tidak, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 untuk sekilogram gula.

Read the rest of this entry »

Guru jadi kerani di sekolah… betui ka??

Posted by toyu On December - 14 - 2009

SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana barangkali saya tidak menulis secara jelas tentang apa yang saya maksudkan dengan beban kerja perkeranian dalam tulisan itu. Biar saya jelaskan lebih lanjut tentang ‘beban kerja perkeranian’.

Contoh pertama: Tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat, semua guru, terutama sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebab itulah banyak hal peribadi murid yang mengganggu pembelajaran mereka ada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa bercerai, ibu bapa bergaduh, ayah dibuang kerja, ibu lari dari rumah, semuanya diadukan kepada guru. Itu tak mengapa. Jika sedikit tepukan di bahu dan mengesat air mata murid boleh membantu mereka belajar, saya fikir tiada guru yang merungut.

Read the rest of this entry »

Ke mana hilangnya jiwa besar bangsa Melayu!

Posted by toyu On December - 3 - 2009

JIKA Hang Tuah dalam teks karya agung Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin, begitu yakin tak akan hilang Melayu di dunia, tetapi perkembangan semasa menunjukkan hal sebaliknya dan bangsa terbabit seolah-olah tidak bimbang dengan situasi yang melanda nasib bangsanya.

Penulis katakan demikian kerana sebahagian besar Melayu Islam Malaysia kini semakin hilang jati diri dalam hal kebahasaan, meskipun hakikatnya ia satu daripada dua ciri utama yang membezakan mereka dan mampu mengekalkan pengenalan bangsa terbabit dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam memperkatakan hal melukakan bahasa Melayu, bidalan sudah terang lagi bersuluh paling tepat menghuraikan situasi ini kerana baik kelompok marhaen, profesional Melayu, pengurusan kanan syarikat berkaitan kerajaan dan kalangan pemimpin politik, seolah-olah berlumba-lumba.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga seolah-olah terus hilang punca dalam kemelut yang melanda bahasa Melayu, di sebalik ‘menaburkan’ jutaan ringgit bagi kempen Bulan Bahasa Kebangsaan sejak lebih sedekad lalu dan dilihat sesetengah pihak bergerak dalam kelambu sendiri!

Read the rest of this entry »

Hilang kata, hilang bahasa

Posted by toyu On November - 2 - 2009

APABILA menyebut Singapura, berapa ramai di kalangan kita yang menyebut Singapura, dan bukannya Singapore? Dalam perbualan hampir pasti orang menyebut Singapore dan bukannya Singapura ketika merujuk kepada pulau itu.

Apabila ditulis, ia menjadi Singapura. Tetapi apabila disebut, ia menjadi Singapore. Sedangkan perkataan Melayu bagi pulau itu adalah Singapura, dan bukannya Singapore. Asal namanya juga Singapura, hanya penjajah Inggeris yang mencipta perkataan Singapore.

Begitu juga dengan Pulau Pinang. Berapa ramai daripada kita yang menyebut Pulau Pinang untuk merujuk pulau itu. Selalunya perkataan yang digunakan ialah Penang. Sungguhpun begitu dalam tulisan, Singapura dan Pulau Pinang tetap digunakan menyebabkan nama-nama asal pulau itu kekal.

Tetapi banyak perkataan bahasa Melayu yang semakin pupus dan digantikan dengan perkataan Barat yang sudah dimelayukan. Tidak salah, tetapi bayangkan akhirnya perkataan-perkataan Melayu yang asal itu akan pupus, sekali gus keindahan kata-kata itu.

Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!