[ Hamka - Cinta Cemburu ]
Untuk dengar klik Play Button kat bawah. Untuk download klik SINI.
[ Hamka - Haus ]
Untuk dengar klik Play Button kat bawah. Untuk download klik SINI.
Ada lagi….
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Proton Exora ini dilambung graviti.
Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur. Dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap KL fm, sekejap Pahang fm mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan.
Salam sejahtera buat anda pengunjung lama toyu semoga dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani ibadah puasa.
Maaf, kerana kurangnya update dalam laman ini lantaran asakan tugasan harian.
Pada 23hb Ogos 2010 bersamaan dengan 13 Ramadhan 1431, Surau Al-Ikhwan Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor telah menjemput Ustaz Nursalam Abdul Mutalib daripada Maahad Tahfiz Darul Huffaz, Lampung, Sumatera, Indonesia beserta dengan 2 orang anak muridnya untuk program tazkirah selepas solat Tarawikh.
Yang menariknya pada sesi tazkirah pada kali ini ialah tazkirah telah disampaikan oleh Adik Umar Al Faruq yang berusia 12 tahun selepas disajikan dengan bacaan ayat al Quran oleh rakannya.
Amat menarik sekali ucapan tazkirah yang telah disampaikan oleh Adik Umar Al Faruq. Anda semua boleh la mendengarkannya disini. Semoga segala apa yang telah diperdengarkan kepada kita memberikan manafaat.
Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Ilahi kepada hambaNya, kerana hanya Ramadhan disebut namanya oleh Allah di dalam Al-Quran, sedangkan bulan-bulan lain tidak dinyatakan namanya oleh Allah. Ini satu penghormatan Ilahi kepada Ramadhan serta pengisytiharaan Ilahi kepada seluruh umat manusia. Lantaran itu kehadiran Ramadhan hendaklah dilihat dari pelbagai perspektif positif bagi menjadikannya pemangkin kepada perubahan.
Antara musuh utama yang diisytiharkan oleh Allah bagi manusia ialah syaitan, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka hendaklah kamu perlakukannya sebagai musuh”. Syaitan yang menjadi musuh utama itu telah dibelenggu oleh Allah sepanjang Ramadhan.
Ini satu lagi rahmat Ilahi kepada hambaNya dalam bulan Ramadhan.
Menyedari syaitan bukan lagi menjadi halangan bagi muslim sepanjang Ramadhan, maka yang tinggal hanyalah hawa nafsu yang juga menjadi keperluan manusia. Nafsu bukanlah semua negatif, kerana adanya nafsu mutmainnah yang membina nilai positif, hanya nafsu amaarah yang mendorong ke arah nilai negatif.
datanglah suatu bulan
ia bernama ramadan
keberkatannya
tiada terhingga
meliputi jagat raya
datanglah suatu malam
bernama lailatul qadar
nilai amalan seribu bulan
rahmat dari yang kuasa
Mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Marhaban Ramadhan Al- Mubarak 1431H kepada semua sahabat handai, rakan taulan, kenalan serta pengunjung laman toyu ini dimana saja anda berada. Di Doakan semoga ibadah kita di tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya Insy’Allah.
Dua kali sebulan, saya memberi kuliah penulisan kepada para wartawan. Semakin lama memberi kuliah, saya mula mencari kelainan dalam berceramah dengan menggunakan slaid sebagai daya penarik. Maklumlah, kuliah pengetahuan biasanya cepat membosan dan mudah membuat mata para pesertanya layu. Lagi pula, slot kuliah saya biasanya diberikan selepas waktu makan tengahari.
Baru-baru ini, saya cuba pula memasukkan muzik latar di dalam slaid kuliah powerpoint saya agar menjadi lebih menarik. Saya gagal meskipun setelah beberapa kali cuba memasukkan muzik format MP3 ke dalam slaid powerpoint saya. Nota di skrin komputer menyatakan bahawa saya perlu menukar format MP3 itu ke format wav.
”Wahai semut, kasihanilah hamba. Hamba ini tidak meminta tinggal di perkampungan kalian. Jika diberi peluang, bukan sahaja menetap di sini, menghirup udara di sini pun, hamba tidak mahu,” hanya kalbuku yang mampu menjerit.
Sejak 10 jam aku menjadi warga dunia, aku belum menatap keindahan. Aku keluar dari perut wanita ibu dengan sentapan kuat seorang lelaki. Tempat mereka memilih untuk melahirkanku adalah tandas kotor di sebuah ladang kelapa sawit. Aku kemudian dibalut dengan sehelai kain batik yang bertengik darah lalu dimasukkan dalam sebuah beg. Beg itu dizipkan.
“Kau tunggu di sini sayang. Aku akan buang ‘cinta’ kita ini di lokasi paling strategik,” kata lelaki yang ‘menyimpan’ aku di dalam beg yang kini teroleng-oleng di tangannya. Lelaki itukah pasangan ibu? Aku menjerit kerana lemas. Lelaki itu membuka zip beg lalu menyumbat mulutku dengan kain yang sama. Beg itu dizipkan semula. Aku menderita.
Apakah yang paling indah dalam hidup anda sekarang ini?
Sebenarnya, banyak perkara indah tidak ada pada saat kita memilikinya. Itulah sebab yang memungkinkan kita mula berasa sayu apabila melihat anak-anak sedang tidur lena. Sedangkan pada saat jaganya, kita berasa begitu penat dan tak berhenti memarahi mereka.
Masa indah zaman persekolahan hanya kita sedari pada hari terakhir kita perlu meninggalkan bilik darjah. Hari terakhir itulah kita berasa betapa sayangnya kita dengan sekolah kita – kenangan yang tak mungkin dialami lagi. Hari terakhir itulah kita mula tahu bahawa kita mula kehilangan segala-galanya. Teman-teman berlari atau kekasih cinta ‘monyet’ yang saling berbalas surat dengan kita. Kita juga akhirnya mula sedar bahawa ada yang tidak kita temui lagi buat selama-lamanya.
Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.
Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.
Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.
Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.
Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.
Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :
MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!
MASIHKAH kita memerlukan bahasa Melayu? Adakah bahasa Melayu di negara ini dihormati oleh seluruh warganegaranya? Barangkali jawapan pedih yang terpaksa kita terima adalah kita tidak memerlukan bahasa Melayu. Malah bahasa Melayu tidak dihormati di negara ini oleh sebahagian besar warganegara. Lebih tragis lagi sesetengah daripada kita tidak pernah merasa malu untuk meletakkan bahasa Melayu di tepi longkang. Tetapi tolong jangan melenting dulu.
Saya pasti terutama kalangan orang politik akan menafikan sekeras-kerasnya perbuatan kita terhadap bahasa Melayu. Tetapi orang yang sama juga tidak pernah berusaha untuk memberi tempat dengan menggunakan bahasa Melayu apabila berinteraksi dengan sesama warganegara. Sebaliknya, mereka bangga apabila ada kalangan bukan Melayu yang mampu berbahasa Melayu dengan baik atau pelancong yang mengucapkan sepatah dua istilah Melayu.
Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini.
Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
2009 agama bahasa bahasa melayu bangsa berkat ceramah ekonomi fikir ikhtibar ilmu israel isteri Kaabah kapitalis kebaikan kebenaran kediaman keputusan lindungan malapetaka melayu nasihat palestine politik positif puasa quran Ramadhan raya sabar saidina ali sakit sayang sedekah segar sesak solat tahun baru tazkirah trajedi uhud ujian ulama usamah ibnu zaid
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.