[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for the ‘gaya hidup’ Category

Cave diving reveals secret world

Posted by toyu On June - 22 - 2010

Salam sejahtera….

Masyaalah. Amat menarik dengan penemuan yang di tunjukan… Rupanya masih banyak lagi ruang yang kita belum sampai lagi. Sekurang-kurangnya dengan pendedahan vc ni dapatlah juga kita mengetahuinya…. Kalau kata nak pi tu… ermmm tatau la nak kata cam na…

Read the rest of this entry »

salam Aidil Fitri dari [ toyu ]

Posted by toyu On September - 17 - 2009

Yang mereka lain dari yang kita

Posted by toyu On May - 20 - 2009

Alangkah indah dan damai suasana yang kelihatan pada kejauhan sana. Yang aku pasti tempat tu bukan terletak dikawasan aku dan juga terletak di daerah aku malah bukan juga berada di negei atau negara aku yang terchinta MALAYSIA. Aku cukup pasti. Cuba anda lihat paparannya :

strangevillage16
Read the rest of this entry »

HAK kebebasan individu dan keluarga diperakui serta dihormati dalam masyarakat kerana perkara ini penting bagi menjamin keselesaan hidup dinikmati dengan bebas tanpa gangguan. Bagaimanapun, kebebasan itu perlu difahami serta diamalkan dengan baik.

Islam melarang campur tangan terhadap kebebasan orang lain. Haram melakukan perbuatan yang mendatangkan kesusahan terhadap orang lain.

Begitu juga Islam mementingkan adab kejiranan dan menekankan aspek hak asasi individu, keadilan sosial serta keselamatan dalam kehidupan sehari-hari. Aspek itu penting bagi mengelak perpecahan, dengki, bermusuhan dan khianat.
Read the rest of this entry »

kisah teladan isteri suami

Posted by toyu On April - 4 - 2009

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Read the rest of this entry »

Takun – Ulu Kancing

Posted by toyu On March - 27 - 2009

pic261541

Aku dapat 1 emel ni yang berada dalam kotak emel aku. Agak menarik juga beb… jikalau betui la seperti apa yang dinyatakan… memang bagus sekali. Masih ada lagi tempat dan kawasan yang sebegini indah.

Tapi betui ka…? Ntahlaaa… Aku pun tak pasti ianya wujud atau tidak. Sebab aku tak pernah kesana. Paling dalam aku masuk pi sana ialah ke PTGR. Kalau dilihat pada nama tempat tu rasanya memang wujud.
Read the rest of this entry »

Noktah Sebentar – Perihal Badai Krisis Ekonomi

Posted by toyu On December - 12 - 2008

Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun ini. Krisis kali ini lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.

Kita hanya membaca zaman meleset yang berlaku pada tahun 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Apa yang kita tahu hanya melalui surah sejarah tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu. Read the rest of this entry »

Kerana satu ‘klik’ malapetaka berterusan diterima.

Posted by toyu On December - 11 - 2008

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat. Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

Mahfumnya :

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Read the rest of this entry »

Wayang Kulit Sri Asun – Nasib Simiskin

Posted by toyu On December - 5 - 2008

Salam sejahtera untuk ANDA semua.

Disini saya nak berkongsi dengan ANDA satu cerita Nasib Simiskin yang telah diwayangkulitkan oleh Sri Asun. Agak menarik gaya perwayangkulitan oleh Pak Majid selaku Tok Dalang Sri Asun serta ahli kumpulan ahli kumpulan yang turut sama membantu. Ditambah dengan watak Etong, Nui dan lain lain dengan segala macam karenah gayageraklaku dan percakapan serta isu isu yang dilontarkan kepada penonton.

Sediakanlah apa apa yang patut seperti vadey ka, maruku ka, twisti ka, snikers ka, lepat pisang ka dan berbagai bagai lagi la untuk dipepak… Ok… layannnnn…

Justeru, marilah kita saksikan… SRI ASUN : NASIB SIMISKIN…

Siri 1
Read the rest of this entry »

Apakah Emas Putih?

Posted by toyu On December - 4 - 2008

Emas putih adalah aloi emas dan lain lain logam yang mengandungi perak, nikel, platinum dan palladium. Seperti emas kuning, emas putih boleh jadi 18 karat, 14 karat, 8 karat atau mana mana karat yang sesuai. Emas putih 18 karat adalah campuran 75 peratus emas dan 25 peratus lain lain logam seperti perak dan palladium. Warna emas ini adalah putih.

Ciri ciri :

Ciri ciri emas putih biasanya berbeza mengikut jenis logam dan jumlah kandungan yang digunakan. Sebagai contoh, aloi yang menggunakan nikel biasanya keras dan sangat kuat, jadi ia boleh digunakan sebagai cincin atau pin. Emas putih yang mengandungi palladium lebih lembut dan fleksibel dan boleh dibuat untuk memegang batu permata.

Read the rest of this entry »

Antara guru dan murid…

Posted by toyu On December - 3 - 2008

MURID BANGGA DENGAN GURU

Ia adalah satu fenomena biasa.

Mungkin suatu ketika seseorang boleh berasa cukup bangga kerana dapat menjadi MURID kepada seseorang tokoh guru.

Perasaan ini boleh sampai ke suatu peringkat, menyebabkan si murid ‘buta’ dengan keilmuan orang lain juga menafikan kealiman guru-guru lain. Tentunya ia amat percaya dengan keilmuan gurunya.

Di waktu yang sama, ada yang menjulang nama GURUnya setinggi mungkin. Ada dua kemungkinan sebab untuk tindakan ini; Pertamanya untuk menunjukkan kehebatan dirinya, Keduanya guru tersebut sememangnya layak.

Masyarakat tidak jujur punca penyakit sosial.

Posted by toyu On November - 19 - 2008

DARIPADA Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua hadis; salah satu daripadanya sudah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis kedua.

“Hadis pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, kemudian turun al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunah Rasulullah SAW.

“Hadis kedua, mengenai pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah daripada hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul selepas mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan.

Apakah yang dikejarkan dalam hidupmu….???

Posted by toyu On November - 5 - 2008

Sebuah bot ikan berlabuh di satu perkampungan nelayan di Terengganu. Seorang pelancong dari Kuala Lumpur memuji-muji kualiti ikan yang ditangkap oleh seorang pakcik nelayan yang turun dari bot itu dan bertanya kepadanya berapa lama masa yang diperlukan untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

“Tak lah lama sangat. Sekejap aje.” jawab pakcik nelayan.

“Habis tu, kenapa pakcik tak kerja lama sikit supaya dapat lagi banyak?” tanya pelancong tersebut.

Pakcik nelayan menerangkan bahawa tangkapan yang sedikit ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan dia dan keluarganya.

Pelancong itu bertanya lagi, “Apa yang pakcik buat lepas pakcik tangkap ikan?”
Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!