[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for the ‘pengalaman hidup’ Category

Salam Aidil Fitri…

Posted by toyu On September - 6 - 2010

Langkah untuk berfikiran positif

Posted by toyu On February - 25 - 2010

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hati, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

Read the rest of this entry »

Boleh la tu…

Posted by toyu On January - 25 - 2010

Cukup rumit juga pada awalnya.

Untuk nak memahami segala fungsi dan kaedahnya.

Setelah membelasah segala cara dan balun macam macam, maka boleh la tu…. huhuhuhuhuhu

Entah betul atau tidak asalkan nampak elok… boleh la tu…

Untuk mengguna pakai theme yg baru… yeehhaaaaa

Read the rest of this entry »

Cukup adunan kuih pasti sedap.

Posted by toyu On January - 21 - 2010

Terpulanglah samaada bersetuju atau mahu pertikai. Diri saya, sebahagian kawan-kawan malah generasi yang mewakili saya adalah acuan zaman persekolahan kami.

Bak kuih, kalau kena adunan dan ramuan, sedap dan dipujilah kuih tersebut. Kalau untuk dijual, sudah pasti laku. Lebih menarik lagi kena pula acuannya.

Tidak dinafikan, ramai juga generasi saya kini gagal mengikut acuan seperti yang diharapkan, tetapi tidaklah begitu dominan. Walaupun kuih tidak mengikut acuan, ia masih boleh dimakan.

Maksud saya, antara acuan yang membentuk diri saya dan kawan-kawanyang lain ialah cara kami membesar.

Antaranya, di sekolah, kami dibesar dan dididik dengan ‘bahasa rotan’. Telinga kami dibasuh dengan frasa-frasa marah tetapi menginsafkan  daripada guru.

Tetapi semuanya bukan satu masaalah. Kami dan ibubapa tetap menerimanya sebagai satu acuan. Rotan kami anggap sebagai satu didikan berguna manakala kata-kata amarah, kami anggap sebagai satu nasihat berharga. Semuanya bersebab.

Read the rest of this entry »

Guru tidak bersekolah…

Posted by toyu On December - 2 - 2009

Sebolehnya saya tidak mahu mengenang pengalaman lalu yang pahit apatahlagi peristiwa semasa zaman kanak-kanak yang telah dua dekad ditinggalkan. Saya mahu membuangnya jauh seolah-olah saya tidak pernah menjamahnya. Saya tidak mahu semungkin boleh untuk pancaindera saya bertindak balas pada rasa pahit yang merenyuk wajah. Sebagai orang muda saya hanya mahu mengingati pengalaman hidup yang manis-manis belaka seperti kegilaan saya pada coklat Tora dan Dindang semasa kecil!

Begitulah cara saya melupakan masa lalu yang tidak enak untuk dihadam semula setelah dimuntahkan. Namun tatkala membaca berita adik Nur Izzati Azahar dari Sekolah Convert Tarcision yang mendapat 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tetapi gagal mendapatkan slip peperiksaannya hanya kerana ibu bapanya seorang pekerja kilang dan pemandu lori masih berhutang yuran sekolah sebanyak RM57 cuma, ia memaksa saya menelan semula rasa pahit yang telah lama tidak bersisa.

“Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan,” kata adik Nur Izzati dalam sebak tangis penuh motivasi benar-benar menyentak dan merobek hati kecil saya. Tiba-tiba pengalaman pahit yang telah saya lupakan rasa hempedunya datang meloyakan tekak.

Read the rest of this entry »

GEMPA, AMARAN & IKTIBAR – Satu kisah benar

Posted by toyu On November - 5 - 2009

Salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Surau Al-Ikhwan, Jalan Kembojasari 10, Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor, malaysia (Coordinatenya : 3°22’58.77″N  101°32’11.80″E) akan mengadakan program Ceramah Bulanan yang akan di sampaikan oleh Ustaz Mohd Iqbal Al-Sunuri dari Padang, Sumatera dengan tajuknya seperti seperti yang tertera di bawah.

flyer ceramah ustaz iqbal

Read the rest of this entry »

Selepasnya Bagan Pinang : Kelautan yang luas…

Posted by toyu On October - 16 - 2009

Salam dan sejahtera untuk semua.

Pada hari di kemeriahan PRK Bagan Pinang, setelah selesai meronda ronda pusing keliling PD dan Teluk Kemang waktu pun dah petang. Anak anak pun dah hingaq bila la nak buleh pi mandi laut. Pakat teruja nak bermandi lautan. Hahahahahahaha.

Sebelum tu singgah sat kat Muzium Tentera. Tu pun kat parking ja untuk tengok jet dengan kereta kebai hat depa dok pamerkan tu.

Kapai teghebang dok tunggu…

Read the rest of this entry »

sesekali mencuba melakukan…

Posted by toyu On October - 6 - 2009

Salam.

Baru baru ni ketika dekat nak sambut raya sampai ke kampung marka di Parit Nibong, Bandaq Bharu, Kedah dok tengok anak menakan sedang beraktiviti kubokta teringin teruja sungguh nak mencuba melakukan.

Jadi, apalagi. Teruih menyediakan peralatan yang sepatutnya dan teruih beraktiviti sama.

pisssss

Read the rest of this entry »

Jalan jalan Gertak Sanggul

Posted by toyu On June - 12 - 2009

Pada Selasa baru ni, ada la pi jenjalan sat ke Gertak Sanggul, Pulau Pinang. Saja nak makan angin kot belah sana sat.

Suasana aman damai dan menyegarkan. Lepak lepak jap kat jeti sambil tengok sorang Brader ni menjala ikan. Perghh… layan siottt menjala. Walaupun panaih tapi tak terasa dek kerana dengan aktiviti tu.
Read the rest of this entry »

Majlis Walimatul Urus En. Acong@Sahar

Posted by toyu On June - 6 - 2009


Hari ini 6hb Jun 2009 salah sorang sahabat iaitu En. Sahar@Achong telah mengadakan majlis walimatul urus untuk adik ipar beliau di kediaman beliau di Kembojasari 4.

Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masaalah yang berlaku. Keadaan cuaca yang terang tanpa ada gangguan. Para tetamu kelihatan menjamu selera dengan menu yang terhidang dengan berselera.

Para sahabat-sahabat yang lain giat menjalankan urusan masing-masing membantu tuan tumah mengendalikan majlis.

Diucapkan semuga berbahagia dan kekal dalam ikatan perkhawinan selama-selamanya buat pasangan pengantin.

Read the rest of this entry »

Cerita hidup…

Posted by toyu On May - 14 - 2009

Salam. Ketika melayari satu laman web ni, saya ada membaca artikel ni. Amat menarik untuk dikongsi bersama. Ianya mengenai kelangsungan hidupan dirinya dan sedikit sebanyak mengenai kelangsungan hidup kita.

Jadi, sama samalah kita ikuti cerita tersebut dan jadikan iktibar untuk kita semua :

“Kamarul, esok result keluar.” Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. “Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah.” Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul.

Read the rest of this entry »

Hari Cruise Tasik – Putrajaya

Posted by toyu On March - 24 - 2009

Salam untuk ANDA semua.

ctp-14

Pada 19hb Mac, iaitu pada minggu lepas, telah melawat ke Putrajaya. Pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Tapi aku tidakla pergi ke pejabat kerajaan.

Aku telah meng’cruise’kan diri aku. hahahahaha…. Memang tak pernah-pernah langsung. Dah berapa lama ianya wujud, inilah baru pertama kali aku serta keluarga ke sana untuk merasai pengalaman ber’cruise’ di Putrajaya.
Read the rest of this entry »

Sesak…

Posted by toyu On March - 17 - 2009

Salam buat semua.

Hari ni aku tatau nak tulis apa. Sesak. Sesak saraf minda.

huhuhuhuhuhu….

Sejak dari awai pagi. Asakan tugasan bertalu. Jem.

Nak berneskape o pun tak dan ooo….

Moga kot satgi kendur elok sikit kot saraf saraf ni…

Cikgu : Pengalaman pengajaran dan pembelajaran

Posted by toyu On March - 11 - 2009

Hah…Mama dah carikan kerja utk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar disitu sekitar 2004.

Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar.

Cantik!
Read the rest of this entry »

Sabarlah cikgu…

Posted by toyu On March - 4 - 2009

Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu – maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu…
Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!