[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for March, 2009

Tinggi skill tahap hikmat bekho…

Posted by toyu On March - 31 - 2009

Aku tak pasti ada ka dak insan di Perak atau Selangor Atau Kota Kinabalu atau Segamat atau di Kuantan atau dimana mana saja dalam Malaysia ni yang tera berbuat demikian. Memang tinggi betui skill dan hikmat bekho sipenerajunya.

Kalu angpa la, buleh dak buat cam mamat dreba bekho ni…

pic155891
Read the rest of this entry »

Ujian Dementia

Posted by toyu On March - 31 - 2009

burungtingkap
Mari kita tengok betapa cekapnya atau tidak cekapnya anda!!

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Ready? GO!!!
Read the rest of this entry »

Takun – Ulu Kancing

Posted by toyu On March - 27 - 2009

pic261541

Aku dapat 1 emel ni yang berada dalam kotak emel aku. Agak menarik juga beb… jikalau betui la seperti apa yang dinyatakan… memang bagus sekali. Masih ada lagi tempat dan kawasan yang sebegini indah.

Tapi betui ka…? Ntahlaaa… Aku pun tak pasti ianya wujud atau tidak. Sebab aku tak pernah kesana. Paling dalam aku masuk pi sana ialah ke PTGR. Kalau dilihat pada nama tempat tu rasanya memang wujud.
Read the rest of this entry »

Mesej di Sebalik Keputusan

Posted by toyu On March - 26 - 2009

duapemenang
Tan Sri Rafidah Aziz yang menang pilihanraya untuk Parlimen Kuala Kangsar, kalah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di Parlimen Lembah Pantai. Rafidah Aziz menang pilihanraya kalah bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di tempatnya sendiri, menang dan diangkat menjadi Ketua Wanita UMNO.
Read the rest of this entry »

Hari Cruise Tasik – Putrajaya

Posted by toyu On March - 24 - 2009

Salam untuk ANDA semua.

ctp-14

Pada 19hb Mac, iaitu pada minggu lepas, telah melawat ke Putrajaya. Pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Tapi aku tidakla pergi ke pejabat kerajaan.

Aku telah meng’cruise’kan diri aku. hahahahaha…. Memang tak pernah-pernah langsung. Dah berapa lama ianya wujud, inilah baru pertama kali aku serta keluarga ke sana untuk merasai pengalaman ber’cruise’ di Putrajaya.
Read the rest of this entry »

dilema ‘orang biasa-biasa’ pada ekonomi yang gawat…

Posted by toyu On March - 23 - 2009

SAYA tahu kerajaan membentangkan bajet mini. Tapi saya tidak tahu apa kesan langsungnya kepada saya. Saya cuma orang biasa dan juga dikelilingi oleh orang biasa yang mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan tinggal di ibu kota.

Bagi yang tinggal di kampung-kampung, mereka ada tanah boleh tanam sayur, ternak ayam, itik, kambing sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan bila masa duit terputus untuk membeli barang keperluan.
Read the rest of this entry »

Jatuh terduduk punca slip disc

Posted by toyu On March - 23 - 2009

ENTAH mengapa sejak dua minggu kebelakangan ini Yusri sering mengalami sakit-sakit pada bahagian pinggang. Kadang kala rasa kebas-kebas pada paha terus ke betis. Lebih teruk kesakitan sebaik sahaja mahu memijak kaki ke tanah.

Seingat Yusri, sebelum ini dia tidak pernah berkeadaan sedemikian. Mungkinkah dia salah tidur atau mungkin tersalah makan dan bermacam-macam lagi yang bermain dalam kepala. Sehinggalah dia bertemu dengan doktor memberitahu perihal penyakitnya itu, iaitu slip disc atau diska pecah.
Read the rest of this entry »

aneka buah… hilangkan sesak

Posted by toyu On March - 23 - 2009

Salam.

Hari ini hari Isnin. Hari Isnin yang sesak. Sesak diawal pagi. Segala kawasan kesesakan pasti ada. Tak terkecuali juga bagi aku. Turut terlibat dalam kesesakan. Pergerakan terbatas dan masa pun terbabas. Makanya kebosanan, mengantuk dan ‘lemas perut’ pun terakibat.

Dalam pada mencari sedikit ruang untuk bernafas lega ekoran dari kesesakan tadi, membacalah aku emel-emel yang berada dalam kotak ‘inbox’. Huh… disini pun ada juga kesesakan. Ingatkan dijalanraya tadi ja sesak. Sini pun sama. Huhuhuhu…. Jadi… terpaksalah dikeluarkan dan hilangkan segala mel-emel yang bersesak dalam ‘inbox’ tu.
Read the rest of this entry »

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?

Posted by toyu On March - 20 - 2009

img_7093Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.
Read the rest of this entry »

Sesak…

Posted by toyu On March - 17 - 2009

Salam buat semua.

Hari ni aku tatau nak tulis apa. Sesak. Sesak saraf minda.

huhuhuhuhuhu….

Sejak dari awai pagi. Asakan tugasan bertalu. Jem.

Nak berneskape o pun tak dan ooo….

Moga kot satgi kendur elok sikit kot saraf saraf ni…

kelahi : jangan mangsakan anak-anak kami

Posted by toyu On March - 16 - 2009

pemerintah sama pembangkang berkelahi,

gua tidak hendak mati di tengah-tengah.

demi suara kami yang tidak dipedulikan

maka kamu, pemerintah atau pembangkang,

teruskan berkelahi, tetapi

jangan huru-harakan hidup dan mimpi kami

jangan mangsakan anak-anak buah hati kami!

.

[ toyu ] terima kasih bro pyanhabib dengan perkataan perkataan tersebut. gua pun terharu… tapi gua tak mau membiru…

Penyakit pun dapat membuka pintu kebajikan

Posted by toyu On March - 11 - 2009

pesakit1Kita perlu sentiasa bersyukur. Saya ingin memberitahu berita gembira. Penyakit yang kita alami itu sesungguhnya dapat membuka pintu kebajikan yang paling tulus! Di samping itu ia membawa pahala yang besar dan berterusan kepada pesakit dan orang-orang yang menjaganya. Ia adalah cara terpenting yang menyebabkan doa kita diterima.

Rasulullah SAW menegaskan, “Ziarah pesakit yang paling baik pahalanya adalah apabila orang yang menziarahi itu segera bangun dari sisi pesakit.”
Read the rest of this entry »

Cikgu : Pengalaman pengajaran dan pembelajaran

Posted by toyu On March - 11 - 2009

Hah…Mama dah carikan kerja utk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar disitu sekitar 2004.

Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar.

Cantik!
Read the rest of this entry »

Sabarlah cikgu…

Posted by toyu On March - 4 - 2009

Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu – maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu…
Read the rest of this entry »

img_2376Sungguh malang nasib yang menimpa saudara seIslam kita di Palestin. Sudahlah mereka dihujani dengan bom dan peluru di dalam negara, di luar negara pula tidak ada seorang pun pemimpin Islam yang berani bertindak menyelamatkan mereka. Dari satu sisi, pemerintah negara kaum Muslimin yang ada hari ini hanya sanggup mengekalkan kebaculan dan pengkhianatan mereka terhadap umat Islam. Dari sisi yang lain, mereka lebih suka menghulurkan tangan berjabat mesra dengan golongan kuffar, daripada menghulurkan tangan membantu saudara mereka yang dibunuh golongan kuffar tersebut.
Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!