Aidilfitri 1430 sudah berlalu. Ada sesuatu yang tidak kena rasanya terhadap kemuliaan dan tuntutan aid itu sendiri kerana sikap dan cara sesetengah golongan umat Islam kita menyambut hari aid ini. Ternyata sesetengah umat Islam masih kuat berpegang kepada perkara yang tidak ada hujah melainkan terpengaruh dengan keseronkan..Hari aid telah ditunggang balik tujuan, adab, hikmah dan tuntutan yang sebenar. Golongan ini telah mentafsirkan hari gembira yang tak tahu hujung pangkal.
Apa sudahnya jika hal ini berlarutan? Siapa yang bertanggung jawab untuk membetulkan hal ini? Barangkali boleh kita letakkan tanggung jawab ini kepada:




Peri pentingnya sembahyang dalam kehidupan Muslim selalu menjadi buah perbahasan dan bahan peringatan dalam banyak ceramah dan syarahan agama.
Sedar tak sedar, bulan Ogos telah meninggalkan kita. Bagi rakyat Malaysia, bulan itu merupakan bulan keramat yang tidak dapat dilupakan oleh sesiapa. Pada bulan itulah, Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Tanggal 31 Ogos 1957, berkumandanglah gema merdeka di seluruh pelusuk tanahair, sekaligus memberikan sinar baru dalam kehidupan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sudah boleh menentukan hala tuju sendiri, tanpa kongkongan dan acuan daripada penjajah lagi.



