[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for November, 2009

RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah

Posted by toyu On November - 17 - 2009

RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah telah dihentikan. Tindakan selanjutnya akan diuruskan oleh PerakExpress.com



TG Nik AzizNik Aziz menyapu air mata kerana sedih
dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya.
Gambar Ihsan Pinkturtle.

Tok Guru,

Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.

Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.

Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.

Read the rest of this entry »

Dibawah Lindungan Kaabah – 8

Posted by toyu On November - 12 - 2009

BERITA DARI KAMPUNG

Setelah setahun saya di sini dan waktu mengerjakan haji telah datang. Tuan sendiri yang mula-mula saya kenal semenjak orang-orang yang akan mengerjakan haji dari tanahair kita. Kemudian sebagai tuan maklum, datanglah pula saudara kita Salleh ini. Salleh adalah salah seorang teman saya semasa kami bersekolah agama di Padang dan Padang Panjang; oleh kerana sekolahnya di Padang telah tamat, dia hendak meneruskan pelajarannya ke Mesir, ia singgah di Mekah ini untuk mencukupkan rukun. Sekarang ia berangkat ke Medinah, supaya sehabis haji dapat ia menumpang kapal yang membawa orang Mesir kembali yang sewanya lebih murah dari kapal-kapal lain.

Dengan kebetulan sekali, dia telah memilih syeikh kita menjadi tempatnya, menumpang, sehingga sahabat lama itu bertemu kembali, setelah kami bercerai selama itu.

Wahai tuan….. kedatangannya telah menghidupkan ingatan kembali kepada yang lama-lama, dia menceritakan kepadaku, bahawa dia telah beristeri dan isterinya telah sudi melepaskan die belajar sejauh itu.

Padahal mereka baru saja berkahwin. Dipujinya isterinya sebagai seorang perempuan yang setia, yang teguh hatinya melepaskan suaminya berjalan jauh, kerana untuk menambah pengetahuannya. Setelah beberapa hari dia datang, dibawanya saya ke Maala di atas sebuah bangku di halaman qahwa ia membicarakan akan suatu hal yang sangat menggerakkan fikiran saya.

Read the rest of this entry »

Salam buat semua.flyer ceramah ustaz iqbal

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah dengan limpah kurniaNya majlis yang dijadualkan berlangsung dengan jayanya. Walaupun ketika tersebut keadaan hujan, tapi Al-Ikhwan tetap didatangi oleh para jemaah yang ingin mendengarkan butiran ceramah dari Ustaz Iqbal.

Disini saya serta serba sedikit gambar-gambar pada ketika ceramah tersebut dan juga nota ringkas mengenai ceramah tersebut. Dan juga rakaman ceramah tersebut ada disediakan juga disini untuk anda semua mengikutinya. Dan maaf dipinta kerana mutu rakaman ceramah tidaklah  begitu baik tetapi ianya tidaklah mengganggu untuk anda semua menghayati isi ceramah tersebut.

Read the rest of this entry »

GEMPA, AMARAN & IKTIBAR – Satu kisah benar

Posted by toyu On November - 5 - 2009

Salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Surau Al-Ikhwan, Jalan Kembojasari 10, Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor, malaysia (Coordinatenya : 3°22’58.77″N  101°32’11.80″E) akan mengadakan program Ceramah Bulanan yang akan di sampaikan oleh Ustaz Mohd Iqbal Al-Sunuri dari Padang, Sumatera dengan tajuknya seperti seperti yang tertera di bawah.

flyer ceramah ustaz iqbal

Read the rest of this entry »

Sejarah Singkat Imam Syafi’i

Posted by toyu On November - 5 - 2009

Nama dan Nasab
Beliau bernama Muhammad dengan kun-yah Abu Abdillah. Nasab beliau secara lengkap adalah Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas bin ‘Utsman bin Syafi‘ bin as-Saib bin ‘Ubayd bin ‘Abdu Zayd bin Hasyim bin al-Muththalib bin ‘Abdu Manaf bin Qushay. Nasab beliau bertemu dengan nasab Rasulullah pada diri ‘Abdu Manaf bin Qushay. Dengan begitu, beliau masih termasuk sanak kandung Rasulullah karena masih terhitung keturunan paman-jauh
beliau , yaitu Hasyim bin al-Muththalib.

Bapak beliau, Idris, berasal dari daerah Tibalah (Sebuah daerah di wilayah Tihamah di jalan menuju ke Yaman). Dia seorang yang tidak berpunya. Awalnya dia tinggal di Madinah lalu berpindah dan menetap di ‘Asqalan (Kota tepi pantai di wilayah Palestina) dan akhirnya meninggal dalam keadaan masih muda di sana. Syafi‘, kakek dari kakek beliau, -yang namanya menjadi sumber penisbatan beliau (Syafi‘i)- menurut sebagian ulama adalah seorang sahabat shigar (yunior) Nabi. As-Saib, bapak Syafi‘, sendiri termasuk sahabat kibar (senior) yang memiliki kemiripan fisik dengan Rasulullah saw. Dia termasuk dalam barisan tokoh musyrikin Quraysy dalam Perang Badar. Ketika itu dia tertawan lalu menebus sendiri dirinya dan menyatakan masuk Islam.

Read the rest of this entry »

Hilang kata, hilang bahasa

Posted by toyu On November - 2 - 2009

APABILA menyebut Singapura, berapa ramai di kalangan kita yang menyebut Singapura, dan bukannya Singapore? Dalam perbualan hampir pasti orang menyebut Singapore dan bukannya Singapura ketika merujuk kepada pulau itu.

Apabila ditulis, ia menjadi Singapura. Tetapi apabila disebut, ia menjadi Singapore. Sedangkan perkataan Melayu bagi pulau itu adalah Singapura, dan bukannya Singapore. Asal namanya juga Singapura, hanya penjajah Inggeris yang mencipta perkataan Singapore.

Begitu juga dengan Pulau Pinang. Berapa ramai daripada kita yang menyebut Pulau Pinang untuk merujuk pulau itu. Selalunya perkataan yang digunakan ialah Penang. Sungguhpun begitu dalam tulisan, Singapura dan Pulau Pinang tetap digunakan menyebabkan nama-nama asal pulau itu kekal.

Tetapi banyak perkataan bahasa Melayu yang semakin pupus dan digantikan dengan perkataan Barat yang sudah dimelayukan. Tidak salah, tetapi bayangkan akhirnya perkataan-perkataan Melayu yang asal itu akan pupus, sekali gus keindahan kata-kata itu.

Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!