[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Archive for January, 2010

Sejarah hidup Saidina Ali Bin Abi Talib r.a – siri 2

Posted by toyu On January - 30 - 2010

- Di bawah Naungan Wahyu

Ketika Imam Ali r.a. menginjak usia 6 tahun, Makkah dan sekitarnya dilanda paceklik hebat. Sebagai akibatnya, kebutuhan pangan sehari-hari sulit diperoleh. Bagi mereka yang berkeluarga besar dan ekonomi lemah, seperti keluarga Abu Thalib, pukulan paceklik terasa parah sekali.

Pada masa paceklik ini, Nabi Muhammad s.a.w. telah berumah tangga dengan Sitti Khadijah binti Khuwalid r.a. Beliau tak dapat melupakan budi pamannya yang telah memelihara dan mengasuh beliau sejak kecil hingga dewasa. Bertahun-tahun beliau hidup di tengah-tengah keluarga Abu Thalib, mengikuti suka-dukanya dan mengetahui sendiri bagaimana keadaan penghidupannya.

Dalam suasana paceklik ini, Nabi Muhammad s.a.w. menyadari betapa beratnya beban yang dipikul pamannya, Abu Thalib, yang sudah lanjut usia. Hati beliau terketuk dan segera mengambil langkah untuk meringankan beban pamannya.

Read the rest of this entry »

Sejarah hidup Saidina Ali Bin Abi Talib r.a – siri 1

Posted by toyu On January - 29 - 2010

Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a. :
Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini

  • M U Q A D D I M A H
  • Bab I : MASA ASUHAN
  • Bab II : LINGKUNGAN KELUARGA
  • Bab III : RUMAH TANGGA SERASI
  • Bab IV : PERANAN KEPAHLAWANAN
  • Bab IV-1 : PERANG BADR
  • Bab IV-2 : PERANG UHUD
  • Bab IV-3 : PERANG AHZAB (KANDHAQ)
  • Bab IV-4 : PERANG KHAIBAR
  • Bab IV-5 : PERANG HUNAIN
  • Bab V : WAFATNYA RASUL ALLAH S.A.W.
  • Bab VI : KHALIFAH ABU BAKAR ASH SHIDDIQ
  • Bab VII : KHALIFAH UMAR IBNUL KHATTAB R.A.
  • Bab VIII : KHALIFAH UTSMAN BIN AFFAN R.A
  • Bab IX : DELAPAN HARI TANPA KHALIFAH
  • Bab X : BENIH-BENIH PEPERANGAN SAUDARA
  • BAB XI : PERANG SHIFFIN
  • Bab XII : GERAKAN KHAWARIJ
  • Bab XIII : WAFATNYA IMAM ALI R.A.
  • Bab XIV : KEUTAMAAN IMAM ALI R.A.
  • Bab XV : PINTU ILMU
  • SEBUAH KENANGAN
  • PENUTUP
  • MUQADDIMAH

Usaha menyingkat sejarah kehidupan Imam Ali bin Abi Thalib r.a. dalam lembaran-lembaran buku, bukanlah pekerjaan yang mudah. Sejak semula telah terbayang kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi. Betapa tidak!

Kehidupan Imam Ali bin Abi Thalib r.a., terutama pada tahap-tahap terakhir, sejak terbai’atnya sebagai Khalifah sampai wafatnya sebagai pahlawan syahid, bukankah satu kehidupan biasa. Ia merupakan satu proses kehidupan yang lain daripada yang lain. Ia menuntut penalaran luar biasa, menuntut kekuatan syaraf istimewa pula.

Read the rest of this entry »

Belajar Asas Tajwid

Posted by toyu On January - 27 - 2010

Salam sejahtera.

Disini saya nak kongsi bersama anda semua tentang belajar asas Tajwid Quran.

Saya dapatinya dalam peti emel saya dan saya nak kongsikan bersama sebagai panduan untuk kita.

Semuga dengan panduan asas ini memberikan pemahaman kepada kita semua untuk mempelajari dan membaca Quran dengan betul.

Anda boleh muaturun perisian tersebut di SINI.

Moga ada manafaat.

Sajak Kita Malu Dengan Binatang

Posted by toyu On January - 26 - 2010

Gagak
Bagiku engkau hanyalah sekedar mampu mencuri seekor ikan atau sebuku roti
Tetapi manusia…
Sanggup membunuh untuk nafsu dan kuasa.

Ogos
Adalah nama seekor kucing
yang pada suatu malam aku selamatkan dari mati terbunuh.
Ia dalam keadaan sangat kecil.
Terkepung di jejambat Mahameru
Antara kelajuan serta ribut mobil
Yang tak pernah mengenal ampun.

Read the rest of this entry »

Boleh la tu…

Posted by toyu On January - 25 - 2010

Cukup rumit juga pada awalnya.

Untuk nak memahami segala fungsi dan kaedahnya.

Setelah membelasah segala cara dan balun macam macam, maka boleh la tu…. huhuhuhuhuhu

Entah betul atau tidak asalkan nampak elok… boleh la tu…

Untuk mengguna pakai theme yg baru… yeehhaaaaa

Read the rest of this entry »

Cukup adunan kuih pasti sedap.

Posted by toyu On January - 21 - 2010

Terpulanglah samaada bersetuju atau mahu pertikai. Diri saya, sebahagian kawan-kawan malah generasi yang mewakili saya adalah acuan zaman persekolahan kami.

Bak kuih, kalau kena adunan dan ramuan, sedap dan dipujilah kuih tersebut. Kalau untuk dijual, sudah pasti laku. Lebih menarik lagi kena pula acuannya.

Tidak dinafikan, ramai juga generasi saya kini gagal mengikut acuan seperti yang diharapkan, tetapi tidaklah begitu dominan. Walaupun kuih tidak mengikut acuan, ia masih boleh dimakan.

Maksud saya, antara acuan yang membentuk diri saya dan kawan-kawanyang lain ialah cara kami membesar.

Antaranya, di sekolah, kami dibesar dan dididik dengan ‘bahasa rotan’. Telinga kami dibasuh dengan frasa-frasa marah tetapi menginsafkan  daripada guru.

Tetapi semuanya bukan satu masaalah. Kami dan ibubapa tetap menerimanya sebagai satu acuan. Rotan kami anggap sebagai satu didikan berguna manakala kata-kata amarah, kami anggap sebagai satu nasihat berharga. Semuanya bersebab.

Read the rest of this entry »

Puisi : Lukisan Yang Belum Sempurna

Posted by toyu On January - 19 - 2010

Bilaku genggam pena hidupku,
Bila ku hampar lembaran putihku,
Inginku lukis satu persatu,
Wajah tersenyum hati berlagu,
Warna-warni mengalir laju,
Berlumba-lumba mengisi sempadan,
Bak air turun tatkala hujan,
Terselit pelangi di celah sinaran.

Bila saja pena melayang,
Bila putih terus menghilang,
Hanya warna mengisi ruang,
Baruku sedar banyak yang kurang,
Tidak seperti apa dirancang,
Tidak seperti apa dipandang,
Warna dipinta hitam yang datang,
Terasa ingin saja lukisanku buang.

Read the rest of this entry »

1- Sini saya ada sikit pemberitahuan mengenai Catcheye. ( http://www.catcheye.com.my/?r=48555 )

2- Hangpa suma selalau online internet kan…??? Daripada hangpa online tanpa aktiviti, hasil pon tadak, mesti BOSAN kan???

3- Haaaa… nie dia… sempoiii.. baguihhh… mabelezzz…. sambil online, sambil cari duit… bagi saya masa 5 minit ja boleh?… Mari sertai saya di catcheyes…. jommmm..

4- Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia, apa yang menariknya hangpa akan dibayar untuk setiap iklan yang hangpa lihat disini.

5- Mudah saja.. klik-klik iklan yang ada dan tak sampai seminit dah dapat duit, malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

Read the rest of this entry »

Gula : Bukan bebanan besar… (???)

Posted by toyu On January - 11 - 2010

gulaKENAIKAN harga gula seperti yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) baru-baru ini bukanlah satu bebanan besar kepada orang ramai.

Dengan anggaran sebuah keluarga yang dihuni lima orang menggunakan sekitar dua kilogram gula sebulan, kita sebenarnya hanya menambah perbelanjaan 40 sen sebulan kerana gula bukanlah makanan ruji.

Di sebalik itu, kerajaan masih menanggung bebanan yang besar iaitu sekitar RM1.008 bilion setahun untuk menampung subsidi harga gula sebanyak 60 sen sekilogram demi kesejahteraan rakyat.

Kenaikan harga pasaran gula dunia yang semakin menyesakkan telah menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain bertindak menarik subsidi sebanyak 20 sen. Jika tidak, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 untuk sekilogram gula.

Read the rest of this entry »

Nota di tahun baru

Posted by toyu On January - 9 - 2010

selamat tahun baru 2010

Salam.

Diam tak diam tahun baru telah berlalu 9 hari. Sebelum ini menghitung hari nak tunggu kemunculan tahun baru. Dan kini telah pun berada di tahun baru.

Dan di tahun baru ini juga terdapatnya berbagai bagai cerita. Terdapat berbagai bagai peristiwa. Agak sesak dan cemas juga dengan cerita dan peristiwa yang terdapat di tahun baru.

Read the rest of this entry »

qur'an 01Alquran adalah kitab suci umat Islam. Di dalamnya terkandung wahyu Tuhan yang langsung diterima oleh Nabi Besar Muhammad Salallahu’alaihi wassalam. Kitab suci Alquran inilah yang menjadi pegangan serta pedoman bagi umat Islam dalam menjalankan agamanya. Dalam kitab inilah termaktub ajaran agama Islam dalam beramal, baik untuk di dunia maupun bagi akhirat.

Ayat-ayat suci ialah wahyu dari Allah Subhanahu wata’ala yang diturunkan langsung kepada Rasulullah. Sekarang telah berbentuk buku atau kitab yang dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia. Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,

Nabi Muhammad bersabda, “Bacalah Alquran! Karena ia akan memberi syafaat di hari Kiamat.”

Demikianlah keutamaan Alquran itu. Ia memberikan syafaat, yaitu bantuan moral atau jasa haik meminta kepada Allah pengampunan atau amnesti bagi dosa-dosa yang telah dilakukan oleh seseorang, kelak di hari Kiamat.

Read the rest of this entry »

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!