[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Mengapa Masjid bukan lagi tumpuan berbuka puasa?

Posted by toyu On September - 16 - 2009

buka puasa di masjidDewasa kini dengan kemewahan rezeki yang melimpah ruah, ramai umat Islam lebih suka berbuka puasa di rumah , direstoran, diwarung tepi jalan atau di hotel berbanding dengan di masjid. Kalau yang datang kemasjid pun walaupun tidak semua tetapi semata-mata memenuhi undangan moreh.

Dimanakah perasaan umat Islam ingin memakmurkan masjid? Apakah makanan di masjid tidak selazat atau sesedap rasa dengan hidangan di hotel yang buffet berbuka puasanya pun ada yang melebihi RM 100.00 satu kepala ? Dengan wang sebanyak itu boleh mengisi makanan untuk sekurang-kurangnya 10 orang anak yatim di rumah anak yatim atau orang tua di rumah kebajikan masyarakat dengan anggaran seorang berbelanja sebanyak RM 10.00

Sampai terasa lari dengan konsep ibadah berpuasa yang antara matlamatnya ialah menghayati penderitaan insan yang fakir dan miskin! Juga menghayati penderitaan umat Islam di Palestin dan di Iraq dan yang terbaru di Kashmir! Kerana dengan adanya penghayatan ini, barulah terasa hebatnya ibadah berpuasa. Kearah melahirkan keinsafan dan kesyukuran pada Illahi akan nikmat yang dikurniakanNya kepada hambaNya di muka bumi ini! Juga kearah rasa kehambaan pada Illahi.

Sebab itu digalakkan berbuka puasa di masjid. Yang makanan utamanya ialah memakan buah kurma dan seteguk air kosong.Mengikut sunnah nabi. Dan bagi yang mampu sekadar menambah kuih muih dan sedikit air manisan sebagai penyedap makanan.

Dan selepas berbuka puasa barulah digalakkan sembahyang berjemaah solat maghrib. Jadi mendapat kebaikan berbuka puasa dan bersolat jemaah serta beriktikaf dimasjid sementara menunggu waktu berbuka puasa. Dan selepas makan antara 2 hingga 3 minit diteruskan bersolat maghrib secara berjemaah. Dan selepas solat barulah diteruskan tambahan makanan sekadar yang perlu sahaja.

Tetapi keadaan ini berlainan dengan umat Islam pada akhir zaman terutama di Malaysia. Ramai yang lebih suka berbuka puasa di restoran, warung-warung tepi jalan dan bagi yang mampu lebih gemarkan buffet berbuka puasa di hotel yang menawarkan lebih dari 100 hidangan makanan. Tidak kurang juga yang berbuka puasa di Kenny Roger atau KFC atau Mc Donald yang belanjanya melebihi dari kemampuan rakyat kelas bawahan!

Sudah tentu mereka akan makan dengan sekenyang-kenyangnya bagi memenuhi hawa nafsu perut yang berlapar pada siang hari. Masa untuk menghabiskan makanan biasanya antara 20 hingga 30 minit. Lepas itu baru nak bersolat apatah lagi yang makan direstoran atau warung tepi jalan memerlukan masa tambahan 10 minit untuk mencari tempat beribadah.

Cuba bayangkan dalam keadaan kekenyangan dan hampir lewat bersolat , masih ada lagikah rasa kekusyukan dan kelazatan berpuasa dan bersolat pada Maha Pencipta? Ingatlah rezeki yang Allah beri bila-bila masa pun boleh ditarik balik.

Kalau hidup di dunia ini setakat nak memuaskan hawa nafsu samada dari segi hubungan kelamin atau makanan, samalah kita dengan makhluk binatang! Sebab itu dari makanan, berbagai-bagai penyakit pun datang! Sebab kurangnya rasa bersyukur pada Tuhan! Kalau kita tahu bersyukur pengisian dalam perut kita hanya sekadar 1/3 makanan, 1/3 minuman dan yang selebihnya untuk keperluan bernafas!

Sama-samalah kita renungkan apakah amalan pemakanan kita kearah melahirkan insan yang bertaqwa atau menyamakan kita dengan binatang? Tepuk dada tanya iman! Sementara duit masih banyak dan masih boleh menggunakan kad kredit, tetapi kalau rezeki Allah nak tarik, dan ketika itu hutang/kredit mula menimbun, baru nak ingat Tuhan ? Mungkin sedikit terlambat !

[ toyu ] Satu penulisan yang baik sebagai renungan kita semua. Mungkinkah kita rakyat Malaysia telah menikmati kadar rezeki yang mewah dengan tidak memperdulikan surau-surau atau masjid-masjid untuk berbuka puasa?

Leave a Reply

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!