Salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Surau Al-Ikhwan, Jalan Kembojasari 10, Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor, malaysia (Coordinatenya : 3°22’58.77″N 101°32’11.80″E) akan mengadakan program Ceramah Bulanan yang akan di sampaikan oleh Ustaz Mohd Iqbal Al-Sunuri dari Padang, Sumatera dengan tajuknya seperti seperti yang tertera di bawah.
Pada sesiapa yang berkesempatan dan berpeluang untuk menghadirkan diri pada program tersebut amatlah dialu-alukan. Ustaz Mohd Iqbal akan mengupas dan menceritakan pengalaman dan peristiwa yang telah berlaku di Padang, Sumatera tempoh hari.
Semoga dengan kehadiran anda semua akan mengimarahkan lagi program ilmu tesebut.




