[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Menangani situasi perpindahan hari

Posted by toyu On April - 9 - 2010

Si ayah pulang ke rumah pada waktu remang-remang senja. Hari itu dia terlewat pulang kerana menyelesaikan kerja yang tertangguh di pejabat. Biasanya dia pulang lebih awal untuk makan bersama keluarga, kemudian membaca al-Quran sebelum ke masjid.

Selalunya apabila lewat pulang begitu, dia tidak terus menuju ke rumah tetapi akan singgah dulu di masjid untuk solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, jika dia tidak menghadiri majlis ilmu, barulah dia akan pulang ke rumah. Jika dia berniat menghadiri majlis ilmu, dia akan pulang selepas solat Isyak.

Peetang itu di pulang beberapa minit sebelum azan Maghrib dikumandangkan. Dia tahu waktu itu tidak sesuai untuk pulang. Dan memang betul, insiden-insiden kecil yang berlaku dalam waktu perpindahan hari itu, mudah membuatkan dia rasa tertekan. Ada anak yang masih bermain. Ada anak yang baru hendak masuk bilik air untuk mandi. Si ibu yang sedang ‘uzur’, masih kelam kabut menguruskan ragam anak kecil.

Situasi itu bukanlah sesuatu yang ingin dilihat oleh si ayah. Situasi itu juga bukanlah sesuatu yang disenangi oleh si ibu. Tetapi kadang-kadang berlaku.

Si ayah apabila pulang mengharapkan situasi yang tenang – anak-anak sudah siap mandi, berpakaian kemas dan ada yang sedang menghadap al-Quran sementara menunggu-nunggu azan dilaungkan. Yang lelaki sudah bersiap hendak ke masjid.


Rahsia menjelang senja

situasi yang tidak ingin disaksikan ini berlaku pada waktu perpindahan hari, iaiy menjelang masuknya wakto solat Maghrib. Inilah rahsia mengapa Rasulullah SAW menyuruh dipanggil anak-anak masuk ke rumah apabila menjelang senja. Pintu dan tingkap disuruh tutup. Waktu itu, syaitan-syaitan berkeliaran untuk merosakkan manusia.

Bagaimanapun, apabila semua ahli sudah berkumpul di dalam rumah, syaitan masih mengintai-ngintai peluang. Syaitan mengintai peluang untuk melalaikan ahli-ahli keluarga dengan perkara lain di dalam rumah mereka sendiri. Salah satunya daripadanya melalui televisyen.

Televisyen memang dapat memberi manafaat apabila mampu dikuasai, tetapi peti ini juga membawa banyak  mudarat apabila dibiarkan menguasai rutin kehidupan. Antara mudarat itu adalah melalaikan manusia paa wakt perpindahan hari dan jika masih tidak dikuasai ia akan terus melalaikan manusia hingga menjelang tidur pada malam harinya. Maka anak-anak tidur dalam penguasaan dan pengaruh televisyen.

Masuknya waktu Maghrib menandakan permulaan hari yang baru. Sebab itu doa akhir tahun Hijrah dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib pada petang 29 Zukhijah. Manakala doa awal tahun dibaca selepas waktu Maghrib tanggal 1 Muharram.


Sempadan Hari.

Waktu Maghrib menjadi sempadan dua har yang berbeza. Umat Islam diberi panduan memanfaatkan waktu perpindahan hari itu. Kumpul semua ahli keluarga di dlam rumah, tutup semua pintu. Apabila semua sudah berada di dalam ‘kubu’ itu, tanggungjawab ayah dan ibu adalah mengawal ‘kubu’ itu. Persiapkan diri dan anak-anak untuk menutup hari dengan kebaikan serta ingatan pada Allah, dan membuka tirai hari baru dengan kebaikan serta ingatan pada Allah.

Kesilapan si ayah pada senja itu adalah pulang ke rumah pada waktu kritikal menjelang perpindahan hari. Apabila melihat situasi yang tidak diharapkannya di rumah, jiwanya mudah tertekan. Dia tidak bersedia menghadapi situasi itu. Kesan tekanan di tempat kerja masih berbaki, tidak sepatutnya dia pulang terus ke rumah membawa dada yang masih sempit.

Dia sepatutnya meredakan tekanan itu di rumah Allah melalui solat berjemaahdan zikrullah, malah dengan pengisian jiwa di majlis ilmu. Kemudian barulah pulang ke rumah dengan jiwa yang lebih lapang dan bersedia untuk menghadapi situasi yang mungkin tidak disenangi di rumah.

Sepatutnya begitu…


[ toyu ] Diucapkan teimakasih pada saudara Zakaria Sungib dengan tulisannya yang menarik ini. Semoga ianya menjadi panduan dan manafaat kita semua dengan apa yang telah diutarakan oleh beliau.

Leave a Reply

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!