[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

Yang terindah ialah yang tertinggal

Posted by toyu On June - 21 - 2010

Apakah yang paling indah dalam hidup anda sekarang ini?

Sebenarnya, banyak perkara indah tidak ada pada saat kita memilikinya. Itulah sebab yang memungkinkan kita mula berasa sayu apabila melihat anak-anak sedang tidur lena. Sedangkan pada saat jaganya, kita berasa begitu penat dan tak berhenti memarahi mereka.

Masa indah zaman persekolahan hanya kita sedari pada hari terakhir kita perlu meninggalkan bilik darjah. Hari terakhir itulah kita berasa betapa sayangnya kita dengan sekolah kita – kenangan yang tak mungkin dialami lagi. Hari terakhir itulah kita mula tahu bahawa kita mula kehilangan segala-galanya. Teman-teman berlari atau kekasih cinta ‘monyet’ yang saling berbalas surat dengan kita. Kita juga akhirnya mula sedar bahawa ada yang tidak kita temui lagi buat selama-lamanya.

Kita merasa sayu apabila kita kehilangan seseorang. Baik ia sahabat akrab kita yang pulang buat selama-lamanya, atau saudara kita. Masa indah bukanlah pada saat mereka bersama kita. Masa indah ialah kenangan lampau kita bersama mereka. Semasa kita masih bersama – kita melihat semuanya biasa sahaja. Bahkan, kita mungkin banyak bergaduh dan bermasam muka. Rupanya keindahan itu hanya kita dapatkan setelah kita tahu bahawa semua itu telah tidak ada lagi.

Ketika di universiti – kita berasa bosan dengan begitu banyak tugasan. Kita berasa marah dengan jadual kelas pada awal pagi, atau yang dijadualkan pada pagi Sabtu. Kita berasa gusar dengan beberapa hal yang tidak kita suka — pensyarah yang cerewet, teman yang malas, atau subjek yang sukar. Kita berasa ingin lari dari semuanya. Sebaik sahaja kita meninggalkan alam universiti dan melangkah ke alam kerja, kita berasa alangkah indahnya kembali muda dan duduk di bilik kuliah. Itulah masa terbaik kita sebagai manusia.

Sampai saatnya nanti – kita akan melangkah ke alam pencen. Saat itu juga kita tahu bahawa dunia pekerjaan yang penuh tipu daya, hipokrit dan caca-merba itu bukanlah yang terburuk. Kita tahu bahawa kita akan melangkah ke alam sepi – persekitaran hidup yang kian membosankan.

Pasti juga – pada saat kita sakit tua nanti – kita tahu bahawa masa muda dan saat sihat itulah usia terindah kita. Kita tidak akan mampu mengulanginya lagi.

Sesiapa pun kita – nikmatilah saat indah ketika kita masih memiliki sesuatu. Bunga yang gugur tak akan tumbuh lagi. Usia yang menyusur tak akan berpatah balik. Waktu yang berdetik akan melupakan kita. Yang terindah ialah yang tertinggal di belakang kita.

Leave a Reply

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!