[ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com

[ :: paparan kelangsungan hidup... :: ]

bersikap positif

Posted by toyu On April - 6 - 2009

kotakPerkara paling penting untuk mengelak tekanan ialah berfikiran positif. Memanglah ia bukan mudah, tetapi tidak mustahil dilakukan. Yang perlu ialah kesabaran dan berlatih setiap hari.

Apabila kita positif, ia dapat mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah. Badan secara tidak langsung memberi tindak balas positif juga.

Malangnya, lebih 80 peratus orang mempunyai pemikiran negatif, walaupun terhadap diri sendiri. Ini perlu dielak dan jangan memulakan hari kita dengan pemikiran negatif.? Contohnya, jika anda dalam usaha mengurangkan berat badan – mulakan hari dengan berkata ”saya mahu kurus dan perlu bersenam”, bukan ”saya tidak mahu gemuk” kerana ayat kedua itu bersifat negatif.

Ayat ini jika diulang dapat menjadi mantera yang memberi kesan positif kepada pemikiran. Ini dilakukan banyak penganut agama untuk menenangkan fikiran. Dan bagi umat Islam zikir, istighfar dan menghafal ayat al-Quran berkali kali adalah mantera terbaik untuk membersihkan hati.

Selain terapi muzik, beberapa kaedah lain boleh digunakan untuk menghindarkan tekanan, iaitu :

> Banyakan senyum
Senyum adalah sedekah. Jadi, beri senyuman kepada semua orang tanpa mengharapkan balasan kerana apabila tersenyum , kita berasa senang hati.

>Ketawa
Sekurang kurangnya 50 kali sehari. Kita mesti ketawa kepada diri sendiri, sama ada atas kesilapan atau perkara bodoh yang pernah kita lakukan. Ketawa memberi kesan positif kepada sistem imun, meningkatkan metabolisme, dan meredakan tekanan jantung. Kalau tiada perkara lucu hendak diketawakan, menyebut perkataan ‘ha, ha’ berulang kali juga mendapat memberikan kesan yang sama.

>Beri Tumpuan
Pada setiap perkara yang dilakukan. Lakukan satu perkara pada satu masa, terutama ketika makan. Ada pepatah menyebut, kita perlu mengunyah makanan mengikut jumlah umur. Malah,? Islam juga menyarankan umatnya mengunyah 44 kali supaya makanan benar benar hancur, dan makan dalam keadaan tenang.

>Memasang Muzik Lembut
ketika makan membuatkan kita makan lebih perlahan dan melambatkan daripada mengambil hidangan seterusnya. Sebaliknya, muzik rancak dan kuat mempercepatkan kita menyuap makanan. Ini dapat mengelakan kita terlebih makan.

>Elak Memarahi Atau Memaki Orang
Perasaan marah membuatkan jantung berdegup cepat dan tekanan darah meningkat. Usah pertaruhkan kesihatan diri dan setiap kali berasa geram, alih perhatian kepada perkara lain seperti mendengar lagu.

>Kurangkan Pengambilan Kafein

dan banyakan minum air kosong sekurang kurangnya satu hingga satu setengah liter sehari. Air menyingkir toksik daripada badan, yang secara langsung membuat kita berasa lebih segar dan sihat.

[ toyu ] buangkan perkara perkara negatif dalam diri. Tak kemananya… kelak menyerabut diri, insan dan alam persekitaran. Yang mungkin akan mengundang dan mengakibatkan nestapa.

Leave a Reply

VIDEO

UNTUK IKUTI SIRI SIRI SETERUSNYA, SILA KLIK... SIRI 2 | SIRI 3 | SIRI 4 | SIRI 5 | SIRI 6 | SIRI 7 | SIRI 8 | SIRI 9 | SIRI 10 | SIRI 11 | SIRI 12 |

TAG CLOUD

Sponsors

About Me

Salam sejahtera buat anda para tetamu dan juga para sahabat sekelian yang sudi datang ke laman [ :: toyu :: ] ini. Semuga anda semua dalam keadaan sehat ceria dan maju jaya dalam apa jua yang anda semua ceburi. Disini disertakan serba sedikit maklumat mengenai toyu. toyu2u ini saya wujudkan untuk dijadikan ruang untuk berkongsi maklumat maklumat mengenai apa jua isu, dimana melalui laman ini sesiapa sahaja pun akan dapat mengikutinya. Semoga kita semua mendapat manafaat darinya atas apa yang kita perkongsikan. Saya himpunkan dalam ini maklumat maklumat yang mungkin dapat kita mengambil faedah dan manafaat darinya untuk kelangsungan hidup kita ini. Dan juga disini saya ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka mereka yang mana telah mengeluarkan apa jenis maklumat dan diletakkan dalam laman ini. Sekira anda mempunyai atau ingin berkongsi sama ada maklumat atau artikel atau bahan mp3 atau apa apa saja yang anda ada, boleh lah emelkan pada saya di toyu@toyu2u.com Selamat melayari toyu2u.com.

Twitter

    Photos

    Activate the Flickrss plugin to see the image thumbnails!